PROTON ingin mengumumkan perlantikan Roslan Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau secara rasminya menjawat jawatan tersebut pada 1 Januari 2022.

Sebelum ini, beliau merupakan Naib Presiden, bahagian Pemasaran dan Jualan untuk PROTON dan juga sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi PROTON Edar Sdn Bhd (PESB), sejak 1 Jun 2020.

Pemegang ijazah sarjana Kewangan dan Perakaunan daripada Universiti Brighton, United Kingdom, beliau mempunyai pengalaman selama tiga dekad didalam bidang automotif termasuk perlantikan didalam Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), ISUZU HICOM Malaysia dan Honda Malaysia dimana beliau mempunyai dua tanggungjawab iaitu selaku Presiden dan juga Ketua Pegawai Operasi.

“Roslan Abdullah telah memainkan peranan penting didalam mengukuhkan pengurusan didalam PROTON dan memberi panduan kepada pengurusan keseluruhan perniagaan, khususnya dengan pengukuhan fungsi bahagian pemasaran dan jualan. Saya yakin kita mampu menjalinkan kerjasama yang erat untuk memacu syarikat kearah kejayaan,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON.

PROTON juga ingin menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada Dato’ Radzaif Mohamed, yang telah bersara sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada 31 Disember 2021.

Dilantik ke jawatan pada 1 April 2016, beliau telah memainkan peranan penting dalam memantau proses sehingga termeterainya perkongsian diantara DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Holding (Geely) dan membantu didalam membawa syarikat ke kedudukan terkini didalam industri automotif.