Millennium Welt telah memecah tanah bagi bangunan BMW 4S miliknya di Seremban 2 yang dijadualkan siap menjelang suku pertama tahun 2023.
Fasiliti bernilai RM60 juta dengan keluasan 153,948.00 kaki persegi tersebut terletak di bandar satelit Seremban 2 dan akan digubah berdasarkan konsep BMW Retail NEXT yang terkini.
Pusat BMW 4S Seremban 2 akan dilengkapi dengan fasiliti pascajualan yang ekstensif, meliputi 12 ruang produktif, dan 181 lot parkir. Ia juga akan memuatkan jenama-jenama daripada portfolio BMW Group Malaysia, termasuk kenderaan daripada BMW, BMW i, BMW M, BMW Premium Selection, BMW Motorrad, MINI dan MINI Used Car NEXT.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Sebagai wakil pengedaran bertauliah tunggal bagi portfolio BMW Group Malaysia yang meliputi kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad di Negeri Sembilan, Millennium Welt merupakan rakan kongsi yang kami nilai dan hargai, yang juga terus menjulang janji jenama kami untuk membekalkan Pengalaman Pemilikan Premium.
“Dengan fasiliti baharu ini, kami yakin bahawa standard ini bukan sahaja akan dijaga,
namun turut ditingkatkan tidak lama lagi setelah tirainya dibuka buat para pelanggan di Seremban,” katanya.



































