Monkey wash, ialah satu platform yang bertujuan memberi servis cuci kereta atas talian
kepada para pengguna dan juga memyediakan peluang bekerja di Malaysia. Majlis pelancaran telah diadakan mengikuti SOP di Metal Bee studio, Petaling Jaya pada 27
December 2021.
Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Dato Sri Ti Lian Ker,
menyampaikan uniform kepada Rider baru serta mengiktirafkan kiosk “Pit Stop” untuk
program mikro modal perniagaan.
Founder Monkey wash, Terry Swee dapat memulakan satu bisnes yang amat diperlukan oleh pasaran selepas PKP dan bencana alam yang baru berlaku tak lama lalu.
Pihak kerajaan berminat terus bekerjasama dengan sektor swasta untuk menyediakan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada anak-anak muda Malaysia sebagai pendapatan sampingan ataupun kekal.

Di samping itu, acara ini juga mengambil peluang untuk mengiktiraf Program Kiosk Cuci
Kereta. Ia adalah salah satu peluang mikro modal perniagaan yang boleh disertai oleh
semua rakyat Malaysia dengan modal kecil bersama platform Monkey wash ini.
Pengarah Urusan MK Group, Dr Raymond Ang, yang memuji atas kerja cemerlang oleh ahli-ahli pengurus dalam memacu pertumbuhan, kejayaan dan memasarkan Monkey wash
Malaysia untuk menjadi salah satu rangkaian dan platform cuci kereta kegemaran Malaysia.
Terry Swee menekankan bahawa platform itu merupakan satu kejayaan dalam ekosistem perniagaan orang tempatan kerana ia dapat membekalkan peluang menjana pendapatan secara kekal atau sampingan juga bermula sebagai pemilik kiosk cuci kereta dengan mudah.

Selain daripada itu, Servis dalam platform melingkupi cuci kereta, cuci baju, cuci rumah dan lain-lain akan ditambahkan pada masa akan datang.
“Beberapa tahun kebelakangan ini amat mencabar, semua warganegara tempatan telah
terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.”
“Secara peribadi, saya diberi kesempatan istimewa untuk bersama dengan rakan sekalian di negara kita untuk menyediakan servis cuci kereta atas talian sambil menjana pendapatan lumayan demi merentasi keadaan yang tidak dapat dikawal seperti pandemik ini,” katanya.
Monkey wash sekarang aktif di Klang Valley, Penang, Negeri sembilan, Bintulu serta Johor
bahru. Banyak lagi negeri akan dibuka dan dengan bangganya juga bermula operasi di
negara jiran, Brunei bulan depan.



































