Jangan Lepaskan Peluang Memenangi Pelbagai Hadiah Hebat, Peraduan Berakhir pada 26 Disember 2021.

Sekiranya anda belum tahu, ada cabaran yang sedang berlangsung di Instagram yang
dianjurkan oleh Samsung Malaysia – ia adalah cara yang sempurna untuk menunjukkan bakat anda kepada rakan-rakan, terutamanya jika anda gemar mengambil gambar.

Setiap minggu, para peserta akan berpeluang untuk memenangi satu (1) Galaxy A52S 5G dan dua (2) Galaxy A03s berdasarkan kreativiti mereka.

Untuk boleh menyertai cabaran #CaptureYourAwesome, anda mestilah seorang warga Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas, dan pengguna peranti Galaxy. Kemudian, ikuti
langkah-langkah mudah ini:
1. Ikuti @SamsungMalaysia di Instagram.
2. Muat naik gambar pada halaman Instagram anda berdasarkan tema mingguan seperti
berikut:

Tema Tempoh Peraduan: Awesome Holidays 20 th – 26 th Disember 2021

3. Sertakan hashtag #CaptureYourAwesome, #withGalaxy dan #[model telefon yang
digunakan] dalam kapsyen. Penyertaan lebih daripada satu (1) kali diterima.
4. Tag @SamsungMalaysia dan dua rakan pada gambar penyertaan anda. Rakan-rakan
yang anda tag juga mesti ikuti @SamsungMalaysia di Instagram.

Inilah peluang terakhir anda untuk mengambil bahagian dan menang hadiah awesome! Dengan tema Awesome Holidays, pastikan anda rekod memori kegemaran anda pada minggu ini, sama ada anda sedang menyiapkan juadah Krismas atau menikmati musim perayaan bersama orang tersayang sambil kekal selamat, semuanya boleh!

Jangan lupa untuk menetapkan profil anda kepada umum supaya gambar awesome anda dapat dilihat oleh para juri. Pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2021 di Instagram Stories Samsung Malaysia.