The New Smarter Volvo XC60 baharu tiba di Sabah dan Sarawak, mendahului dalam ‘infotainment’ dengan Integrasi Perkhidmatan Google

Volvo Car Malaysia mongorak langkah ke arah elektrifikasi dengan memperkenal model terbaharunya ke Sabah dan Sarawak.

Digelar “The New Smarter XC60′, model baharu ini muncul dengan ciri-ciri keselamatan tambahan, rupa luaran yang segar dan integrasi teknologi terkini dengan Perkhidmatan Google.

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, berkongsi: “Kami teruja untuk memperkenalkan The New Smarter XC60 ke Sabah dan Sarawak.

Sebangga Mitsinbo merupakan rakan kongsi pengedar yang dihargai untuk Volvo Car Malaysia, dan melalui sokongan mereka kami dapat memperkenalkan kenderaan paling peribadi kami setakat ini dan menepati sepenuhnya janji kami untuk memberikan kebebasan untuk bergerak secara peribadi, mampan dan selamat kepada pelanggan kami di Sabah.”

The New Smarter XC60 adalah kemuncak perkongsian antara Volvo Cars dan Google untuk
menyediakan sistem infotainment yang pertama seumpamanya, lengkap dengan pelbagai
Perkhidmatan Google.

Model yang dipertingkatkan ini akan menampilkan Pakej Perkhidmatan Digital baharu yang terdiri daripada Google Assistant dikawal suara bersepadu yang membolehkan kawalan ke atas banyak aplikasi dalam kereta termasuk Google Maps, membolehkan lebih banyak perkara dapat dilaksanakan tanpa gangguan pemanduan, sekaligus menghindari keperluan untuk melepaskan tangan dari stereng.

Dato’ Arif Ambrose Ng, Pengerusi Kumpulan Sebangga menambah: “Kami mengalu-alukan
kedatangan The New Smarter XC60 menjadi sebahagaian daripada armada Volvo kami di
Sabah.

Dibina dengan mengutamakan teknologi dan inovasi, kenderaan ini memberikan pengalaman infotainment paling intuitif dalam industri automotif, menjadikannya SUV bersaiz sederhana paling canggih Volvo Car Malaysia setakat ini.”

The New Smarter XC60 menampilkan reka bentuk Scandinavia yang kaya dengan penambahan halus pada bahagian luar. Perubahan itu termasuk gril, bampar hadapan dan
warna luaran yang baharu.

Untuk Recharge T8, The New Smarter XC60 baharu bakal muncul dengan reka bentuk roda aloi potongan berlian hitam 19” 6-multispoke hitam dan sistem bunyi Bowers dan Wilkins untuk bahagian dalam.

The New Smarter XC60 juga mempersembahkan pelbagai rangkaian mod pemanduan,
disesuaikan dengan pilihan pemandu, daripada mod Elektrik Tulen dengan pelepasan paip ekor sifar untuk kesedaran alam sekitar kepada mod Kuasa untuk mereka yang suka memandu.

The New Smarter XC60 dilengkapkan enjin berkembar 4 silinder 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic. Enjin dibantu oleh pengecas super serta pengecas turbo, menghasilkan 407hp dengan tork 640Nm, dengan 87hp dan 240Nm daripada bateri.

The New Smarter XC60 baharu telah menjalani century sprint (0-100) dalam 5.3 saat, serta memiliki kecekapan bahan api 2.2 liter setiap 100km.