Umum mengetahui pemain alat permainan video, atau ‘gamers’ duduk di kerusi untuk satu jangka masa yang panjang dalam sehari. Kajian menunjukkan posisi duduk yang terlalu lama boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti risiko sakit
jantung dan tekanan darah tinggi.

Bagi menggarap kefahaman tentang masalah fizikal yang membelenggu gamers, Vono Malaysia menjalankan kajian melalui atas talian mengenai ‘gaya hidup dan kesejahteraan’ gamers.

Kebanyakan responden (88%) dalam kajian Maklum Balas Kesejahteraan Gamers oleh Vono duduk lebih dari dua jam setiap hari. Bahkan, tiga responden menyatakan mereka duduk lebih dari lapan jam untuk bermain permainan video.

Maklum balas majoriti gamers menunjukkan 90% mengalami sakit badan. Peratusan itu selari dengan jumlah jam yang dihabiskan dengan duduk di kerusi. Sakit tengkuk (70%) dan sakit belakang (60%) antara jenis masalah kesihatan yang tertinggi direkodkan, diikuti sakit bahu (49%).

Dua dari setiap tiga responden (60%) mengalami sekurang-kurang dua jenis masalah kesihatan ini. Bagi mengatasi masalah tersebut, kira-kira 65% mendapatkan rawatan sama ada daripada chiropractor, doktor atau pakar fisioterapi.

Tidak cukup tidur juga merupakan satu masalah yang telah biasa dialami golongan ini. 86% daripada 43 gamers yang memberi maklum balas menyatakan mereka tidur selama enam jam atau kurang.

Beberapa (26%) gamers juga mengalami insomnia. Kajian global membabitkan 10,000 peserta2 yang diterbitkan international journal for sleep and circadian science, SLEEP,
mendapati ramai yang tidur kurang dari 7-8 jam semalaman mempunyai masalah kemahiran menaakul dan komunikasi.

vector illustration of electronic devices with electromagnetic radiation spectrum in circle shape design

Kira-kira 63% gamers mengalami masalah kualiti tidur seperti kegelisahan dan bertukar-tukar posisi.

“Bermain permainan video membabitkan pengunaan komputer ‘desktop’ dan/atau komputer riba, telefon pintar dan tablet. Peranti ini mengeluarkan sejumlah elektron yang diserap masuk ke dalam badan ekoran kontak antara tubuh dan peranti.

Elektron yang berada di dalam badan tidak mudah dikeluarkan, dan ia mengakibatkan tidur yang tidak berkualiti, serta statik badan yang menyebabkan rasa tertekan atau cemas dan ketidakselesaan secara umum.

Kurang tidur dan tidur yang tidak berkualiti, di samping kedudukan duduk yang lama menyebabkan kesakitan kepada gamers. Kepentingan tidur malam tidak dapat dinafikan.

Penyelidikan dan pembangunan kami tertumpu pada membantu pelanggan tidur dengan lebih lena dan menjaga kesejahteraan mereka.

Antara lain, kami menghasilkan rangkaian tilam SpinePro Plus yang memberikan sokongan belakang optimum dan membantu badan mengeluarkan statik, menjadikannya sesuai untuk gamers dan penggemar tech atau sesiapa sahaja yang duduk berjam-jam menggunakan peranti,” kata Marco Righi, Presiden Rantau Asia Kumpulan Hilding Anders.

Siri Vono SpinePro Plus baharu diilhamkan oleh Japanese Seigaiha Design yang melambangkan kuasa dan kekuatan. Ia mempunyai Anti-Static Knitted Fabric yang secara khusus berfungsi untuk mengeluarkan statik daripada tubuh badan untuk tidur yang lebih nyenyak dan kurang beralih atau berpusing ketika tidur, sekali gus membolehkan badan berehat dengan lebih baik.

Ciri ini juga boleh menangkis habuk dari katil, membantu meminimumkan penyakit pernafasan. Pada era kini, peranti dan teknologi telah membolehkan masyarakat untuk kekal berhubung dan produktif.

Bagi gamers yang menjadikan aktiviti bermain video sebagai penjanaan pendapatan,
duduk berjam-jam bermain permainan video menjadi satu keperluan walaupun mengakibatkan sakit-sakit badan.

Pelanggan ada pilihan untuk memiliki tilam Vono SpinePro dengan sistem spring 1200 Pocketed Intalok atau sistem spring 800 Intalok, iaitu satu sokongan untuk tubuh badan dengan aspek isolasi pergerakan tubuh badan dan ketahanan untuk tidur yang selesa.

Diperbuat daripada besi karbon bermutu tinggi, struktur bersifat saling hubung dan mempunyai dua kali ganda jumlah spring berbanding tilam biasa bagi membolehkan sokongan dan keselesaan kepada badan, dari kepala ke kaki.

Ultra Lumbar Support memberikan tambahan kepada bingkai besi berketegangan tinggi untuk meningkatkan kualiti sokongan belakang. Satu lagi ciri, Silverguard® membantu mengekalkan kebersihan dan kesegaran pada setiap waktu.

Tersedia di semua stor yang mengambil bahagian di seluruh negara, siri Vono SpinePro Plus bermula pada harga RM2,518 serta terdapat promosi 50% diskaun. Bagi setiap pembelian, pelanggan bakal menerima Vono Mattress Protector, Vono Pillow dan Limited-Edition Japanese Plate.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk atau jenama ini, layari laman web Vono Malaysia
di https://vono.com.my/ atau laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/vonomattressmalaysia.