Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) amat mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan individu dan perniagaannya di kawasan yang dilanda banjir di seluruh negara, susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Bank Muamalat prihatin terhadap kesejahteraan pelanggannya yang terkesan berikutan banjir kilat yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan menjejaskan operasi perniagaan.
“Pelanggan yang terjejas boleh menghubungi Bank Muamalat untuk berbincang mengenai sebarang masalah berhubung urusan bayaran pembiayaan mereka sekiranya menghadapi kesulitan kewangan berikutan banjir yang melanda,” katanya.
Selain itu, pelanggan yang terjejas juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran bagi penggantian Kad Debit Bank Muamalat mereka. Ini bagi meringankan beban yang dihadapi pada ketika ini.







































