Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican membuat kunjungan hormat ke atas Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar di pejabatnya, baru-baru ini.

Beliau yang juga profesor Adjung UMT dalam pertemuan itu membincangkan pelbagai perkara bagi tujuan manfaan UMT.

Mustapha (kanan) menyerah buku berkaitan Pandemik Covid 19 kepada Naib Canselor UMT Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar

Mustapha dalam pada itu menyatakan perhargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh UMT menerusi perlantikannya sebagai Profesor Adjung yang merupakan penghormatan tinggi kepada NGO.

Mustapha berkata, beliau akan mencurah pengalaman 33 tahun dalam Kerajaan dengan pelbagai jawatan dan kementerian serta 22 tahun dalam NGO dalam dan luar Negara.

Beliau melahirkan perhargaan kepada Naib Canselor dan Ahli Sanet UMT yang melantiknya.

Mustapha menyerah Kain Mafla NGO Antarabangsa kepada Naib Canselor UMT Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar

Mustapha pernah menjawat pelbagai jawatan dalam Kerajaan bermula dengan Pegawai Tentera Laut diikuti Pegawai Perhubungan Awam TLDM di Kementerian Pertahanan sebelum  dipinjamkan ke Kementerian Luar Negeri selama 11 tahun.

Beliau kemudian berkhidmat sebagai pegawai di KDN Pegawai Tugas Khas /panel Temuduga SPA dan Ketua Pegawai Eksekutif YKB Kementerian Wilayah dan Penasihat Ekonomi dan Ketua Eksekutif Terengganu Inc .GLc Negeri Terengganu.