BMW Live Cockpit Professional yang diperbaharui terus menaik taraf keupayaan digital dan
personalisasi jentera BMW 218i Gran Coupé bagi membekalkan singkapan maklumat yang penting dengan lebih pantas ketika memandu.

BMW Malaysia hari ini telah mengumumkan generasi baharu jentera BMW 218i Gran Coupé yang dipasang di dalam negara, hadir dengan pengemaskinian teknikal dalam bentuk sistem maklumat hibur BMW Live Cockpit Professional, ia menyusuli pelancaran sulungnya di Malaysia pada Oktober tahun lalu.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “BMW Live Cockpit Professional baharu menekankan komitmen kami terhadap digitalisasi dan individualisasi merentasi seluruh portfolio BMW.

Sementara kami terus menyuntik nafas kepada mobiliti masa hadapan di Malaysia, inovasi akan kekal menjadi fokus utama di BMW. Ia dicerminkan menerusi pengemaskinian produk kami yang terbaharu, yang akan turut melibatkan model-model dan fungsi-fungsi lain yang akan datang, sekali gus menaik taraf lagi pengalaman pemanduan buat para pelanggan kami di Malaysia.”

BMW Live Cockpit Professional yang dimuatkan dalam BMW 218i Gran Coupé baharu kini meliputi kluster paparan instrumen 10.25 inci (sebelum ini 5.1 inci) dan paparan informasi sentral 10.25 inci (sebelum ini 8.8 inci), kedua-duanya dirumus menggunakan konsep paparan baharu yang bertujuan untuk membekalkan maklumat yang tepat dan relevan dengan segera.

Keupayaan individualisasi turut dipermudahkan dengan opsyen konfigurasi yang lebih luas untuk memperibadikan dan memperkayakan pengalaman pemanduan pengguna.

BMW Live Cockpit Professional baharu mengambil pendekatan “konten dahulu” dalam memaparkan informasi, didatangkan dengan tataatur yang serba minimalis dan jitu. Paras bahan Malaysia api, kelajuan, rpm, dan suhu enjin kini dipamerkan dalam bentuk tiub gelung dan telah disusun bagi melapangkan kawasan di tengah untuk paparan navigasi serta fungsi lain.

Turut menyempurnakan pengalaman pemanduan pengguna ialah aneka fungsi dan widget yang boleh dikonfigurasi, ia termasuk papan skor sukan, data pemanduan, penggunaan bahan api dan efisiensi, meter daya G, media, serta radio.

Mod Pengalaman Pemanduan yang seragam.

Jumlah warna yang dikurangkan serta grafiknya yang kini lebih kemas menyumbang kepada pengalaman pemanduan yang lebih baik dan konsisten. Bergantung kepada mod Pengalaman Pemanduan yang dipilih (Sport, Comfort, Eco-Pro), warna dan iras yang seragam akan dipersembahkan merentasi kluster paparan informasi serta paparan informasi sentral.

Pembantu Peribadi Pintar.

Demi kemudahan tambahan dan kuasa yang sepenuhnya ke atas tetapan, sistem navigasi dan hiburan kenderaan tersebut, Pembantu Peribadi Pintar BMW boleh diaktifkan dengan menyebut “Hey BMW!” atau istilah pengaktifan lain yang telah diperibadikan.

Program Pembiayaan Dinamik.

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 218i Gran Coupé baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM2,268 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh.

Pemilik jentera BMW 218i Gran Coupé baharu ini juga dapat merasai Pengalaman Pemilikan
Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW
• Servis Dalam Talian BMW Malaysia

Harga Jualan

Harga jualan bagi BMW 218i Gran Coupé baharu tanpa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah BMW 218i Gran Coupé Baharu (dengan Waranti Lanjutan dan Pakej Servis) RM216,367.00
BMW 218i Gran Coupé Baharu (tanpa Waranti Lanjutan dan Pakej Servis) RM204,177.00