Ekonomi gig sedang meningkat dan dijangka berkembang pesat dengan lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada platform digital dan bekerja sendiri.

Walau bagaimanapun, 25% daripada tenaga kerja yang bekerja sendiri (kira-kira 3.7 juta rakyat Malaysia) dilaporkan tidak mempunyai perlindungan perubatan pesakit luar dan angka yang mengejutkan ini meningkat setiap hari dalam ekonomi selepas pandemik.¹

Menyedari jurang perlindungan dalam pasaran am ini, AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) telah melancarkan AXA SmartMedi Outpatient ― insurans perubatan pesakit luar berasingan yang pertama di Malaysia.

Khusus untuk memenuhi keperluan perlindungan yang semakin meningkat bagi segmen yang bekerja sendiri, AXA SmartMedi Outpatient menyediakan perlindungan komprehensif untuk perundingan, rawatan dan ubat-ubatan pesakit luar di mana-mana klinik pengamal am atau klinik pakar.

Ia melindungi rawatan perubatan yang diperlukan daripada penyakit harian seperti batuk, selesema dan demam, kepada pengimejan diagnostik dan ujian makmal serta penyakit yang lebih teruk yang memerlukan lawatan ke doktor pakar.

Walaupun perlindungan insurans pesakit luar bukanlah perkara baharu di Malaysia, Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA menyatakan bahawa ia biasanya dilindungi di bawah polisi kesihatan kumpulan oleh majikan korporat.

Kebanyakan polisi perubatan hanya melindungi rawatan perubatan pesakit dalam dan pada masa ini, tiada perlindungan insurans pesakit luar berasingan di Malaysia yang melindungi lawatan ke klinik atau ke doktor pakar.

“Kami sedar bahawa ramai pekerja yang bekerja sendiri, seperti pekerja separuh masa, pekerja bebas dan pemilik perniagaan kecil dan mereka tidak dilindungi di bawah mana-mana polisi kesihatan korporat atau kumpulan.

Mereka biasanya perlu membayar perbelanjaan pesakit luar mereka sendiri di klinik atau pakar jika mereka jatuh sakit. Dengan kos perubatan yang semakin meningkat hari ini, penting bagi kami sebagai syarikat insurans yang dipercayai untuk melindungi perkara yang penting supaya pelanggan kami sentiasa menikmati penjagaan dan perlindungan yang mereka perlukan,” katanya.

Selaras dengan komitmen AXA untuk sentiasa menginovasikan penyelesaian produk yang ringkas, mudah dan disesuaikan, AXA SmartMedi Outpatient direka dengan fleksibiliti untuk melengkapkan pelan perubatan hospital atau pembedahan pelanggan yang sedia ada, untuk perlindungan lebih komprehensif yang melindungi kedua-dua rawatan pesakit dalam dan pesakit luar.

Tidak seperti pelan perubatan lain, pelanggan boleh mendaftar untuk AXA SmartMedi Outpatient hanya dengan mengisi borang pengisytiharan kesihatan, tanpa pemeriksaan perubatan.

Untuk memberikan nilai tambahan dan kemudahan kepada pelanggan, AXA SmartMedi Outpatient ditawarkan dengan premium mampu milik bermula daripada RM1.80 sehari untuk pelan asas, dan menyediakan kad perubatan untuk lawatan tanpa tunai ke rangkaian klinik panel AXA yang luas.

Selain daripada perundingan secara bersemuka dengan doktor, pelan itu juga menyediakan pilihan perkhidmatan telekonsultasi dan teleperubatan dalam talian melalui platform penjagaan kesihatan digital Doctor-On-Call, tanpa bayaran tambahan.