HONOR Malaysia memperkenalkan keluaran terbarunya – HONOR 50 Lite – berada di pasaran bermula 25 November ini.

Mempamerkan 66W Pengecasan Pantas HONOR 1 , bingkai super narrow 1.05mm, dan Kuad Kamera Ultra-Clear 64MP, menjadikannya telefon pintar HONOR paling berpatutan setakat ini, hanya dengan harga RM 999.

Kembalinya perisian Android 11 dengan Google Mobile Services (GMS), pastinya akan membuatkan peminat teruja.

Permintaan terhadap telefon pintar bajet semakin meningkat, dan HONOR tampil memenuhinya tanpa mengabaikan ciri-ciri premium. Di sini 3 sebab utama kenapa HONOR 50 Lite hadir dengan ciri-ciri premium pada harga mampu milik.

#1: 66W Pengecasan Pantas + bateri 4300mAh
Penggunaan telefon pintar kini menjadi sebahagian daripada hidup, justeru jangka hayat bateri dan kapasiti merupakan faktor penting dalam menentukan sesebuah pembelian.

Membawakan kelajuan mengecas luar biasa pada harga berpatutan, HONOR 50 Lite megah dengan 66W Pengecasan Pantas HONOR, boleh meningkatkan jangka hayat peranti sehingga 40% dalam hanya 10 minit dan 100% hayat bateri dalam 39 minit.

Tiada lagi masalah kehabisan bateri kerana peminat kini dapat menikmati penggunaan HONOR 50 Lite sepuas-puasnya!

Ditambah dengan bateri 4300mAh, peminat boleh menikmati keseronokan 7 jam bermain game, atau 16 jam melayari laman sesawang atau 8 jam panggilan video 5 tanpa risau dengan amaran bateri lemah.

#2: Bingkai Super Narrow 1.05mm + Pensijilan Perlindungan Skrin TÜV Rheinland

Direka dengan bingkai Super Narrow 1.05mm, HONOR 50 Lite memberi pengalaman pemandangan yang mengasyikkan melalui Paparan FullView HONOR 6.67 inci 6 untuk kesan visual yang jelas dan menakjubkan yang belum pernah anda rasai sebelumnya.

Dilengkapi dengan Tahap-Perkakasan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland (Hardware Solution) 7 , peminat dijamin dengan pemandangan yang selesa walau penggunaan jangka masa lama, tanpa perlu memasang penapis cahaya biru.

#3 Kuad Kamera Ultra-Clear 64MP + aperture F/1.9

Mencipta ciri-ciri kualiti kamera terbaik dalam telefon pintar, HONOR 50 Lite menampilkan ciri kuad kamera yang mempunyai pemasangan kamera berkualiti dan pelbagai fungsi. Kamera utama 64MP menjadikan lensa lebih jelas menangkap perincian gambar yang menakjubkan.

Peminat kini boleh mengambil gambar dengan pemandangan sudut lebar sehingga 106 darjah dan aperture f/2.4, manakala Kamera Sudut Lebar 8MP mampu menangkap lebih banyak elemen dan sudut dalam satu gambar.

Kedua-dua Kamera Makro dan Kamera Kedalaman 2MP pula direka untuk menangkap subjek-subjek kecil menjadi nyata, sesuai untuk gambar potret atau apa-apa fokus subjek. Tiba masanya anda menguji kehebatan HONOR 50 Lite semasa mencari hidangan enak di kafe!

Harga dan Tawaran Pilihan

HONOR 50 Lite hadir dengan 8GB RAM + 128GB ROM dan boleh didapati dengan pilihan warna Deep Sea Blue, Space Silver dan Midnight Black pada harga serendah RM999.

Kegembiraan yang dinanti-nanti telah tiba! Tandakan kalendar anda 25 November ini dan dapatkan HONOR 50 Lite hanya pada harga RM999 dan hadiah percuma bernilai sehingga RM300 8 di HONOR Store dan Stor Diiktiraf HONOR!

Peminat boleh menyemak di platform dalam talian di HONOR eStore, Lazada HONOR Store,
Shopee HONOR Store, Senheng. senQ, Digi dan Maxis! Jangan ketinggalan dan jumpa anda di sana!