Nikmati 66W Pengecasan Pantas, rekaan bingkai sempit super 1.05mm, serta Kamera Quad 64MP, semuanya pada harga berpatutan

Bulan November semakin menyeronokkan dengan HONOR Malaysia! Bagi mereka yang terlepas Promosi 11.11, tidak perlu risau kerana HONOR 50 Lite akan datang menemui anda dengan harga berpatutan bermula 25 November!

Menggunakan Android 11 dengan Google Mobile Services (GMS), dilengkapi dengan kapasiti bateri besar 4300mAh, 66W Pengecasan Pantas HONOR serta Paparan FullView HONOR 6.67 inci, HONOR 50 Lite tampil dengan ciri-ciri pengecasan pantas luar biasa, pemandangan yang mengasyikkan dan perlindungan mata.

Jangan Risau Hayat Bateri dan Keupayaan Pengecasan Pantas

HONOR 50 Lite hadir dengan kapasiti bateri besar 4300mAh, jadi keseronokan dapat dirasai sepanjang hari. Terima kasih kepada 66W Pengecasan Pantas HONOR, peminat boleh mengecas tanpa bimbang, hanya 39 minit cas bateri 100%, anda boleh terus menonton siri drama dan bermain permainan video.

Paparan FullView HONOR untuk Pengalaman Pemandangan Mengasyikkan

Direka dengan bingkai Super Narrow 1.05mm, HONOR 50 memberikan pengalaman pemandangan yang mengasyikkan melalui Paparan FullView HONOR 6.67 inci, sekaligus menghasilkan kesan visual yang jelas dan mengasyikkan serta pengalaman lain dari yang lain.

Keupayaan Fotografi Premium

Peminat pastinya gembira dengan pelancaran produk terbaru HONOR Malaysia yang fokus kepada pembinaan kamera quad, termasuk Kamera Quad Ultra-Clerar 64MP dan aperture F/1.9 pada kamera utama, sekaligus menghasilkan tangkapan jelas.

Dengan lebih banyak elemen fotografi premium tersedia, peminat boleh mengambil foto dan melihat perinciannya dengan jelas seperti pandangan sebenar.

Fungsi Perlindungan Mata Profesional

HONOR sentiasa prihatin dalam penjagaan dan melindungi mata anda, begitu juga dengan HONOR 50 Lite. Dilengkapi dengan Paparan Tahap-Perkakasan Penjagaan Mata dan Pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light, peminat dijamin dengan pemandangan yang selesa walaupun pada jangka lama.

Ruangan Besar Dapat Memuatkan Semua Fail

Hadir dengan penstoran 128GB, HONOR 50 Lite menyediakan ruang yang cukup untuk menyimpan sehingga 11,000 lagu, atau 28,000 foto atau 440+ video HD. Begitu banyak ruang dalam poket anda!

Kedapatan

HONOR 50 Lite didapati dalam tiga warna pilihan – Deep Sea Blue, Midnight Black, dan Space Silver.

Tumpukan perhatian anda, nantikan perkembangan terbaru HONOR 50 Lite pada 25 November ini. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang rasmi HONOR
Malaysia di https://bit.ly/HONOR50LiteMY.