Magnum Ice Cream, pembekal kenikmatan buat dunia dan salah sebuah jenama aiskrim bertaraf premium di persada global, telah mengumumkan kerjasama dengan siri Netflix popular Money Heist untuk memberi lambaian perpisahan penuh nikmat kepada La Resistencia dalam musim penutupnya.

Sejak ia mula ditayangkan pada tahun 2017, rancangan tersebut telah mencetus fenomena
di seluruh dunia dan meraih sambutan yang luas daripada para peminat.

Malah, ia berjaya menjadi siri yang paling diminati di seluruh dunia merentasi segala platform, jadi kolaborasi ini berhasrat untuk memberi penghormatan kepada rompakan yang terakhir dengan lambaian perpisahan penuh nikmat para individu yang mendambakan kenikmatan serta peminat Money Heist bakal disajikan dengan pengalaman eksklusif menerusi Aiskrim Magnum berserta barangan khas daripada Money Heist untuk membolehkan mereka mengamati plot yang memukau, serta menjiwai pengalaman seorang rekrut dalam kru milik The Professor.

Pakej eksklusif dan promosi yang menarik di seluruh negara

Sebahagian daripada usaha sama ini, tawaran pakej Magnum x Money Heist edisi terhad
juga boleh didapati melalui platform e-dagang dan penghantaran makanan seperti FoodPanda, Grab, Lazada, dan Shopee.

Setiap pakej yang menarik ini mengandungi barangan Money Heist serta aneka varian aiskrim Magnum yang serba premium dan akan ditawarkan mulai 1 November (sementara stok masih ada).

Promosi di rangkaian pasar raya Malaysia juga melayakkan pengguna untuk menerima beg
sejuk Magnum x Money Heist yang eksklusif (sementara stok masih ada) dengan pembelian setiap dua (2) atau lebih pek berganda Magnum Mini.

Rungkai Lambaian Perpisahan – mesej rahsia yang terakhir daripada La Banda Sempena pelancaran musim Money Heist yang terakhir pada bulan Disember tahun ini, para
peminat juga bakal diusik dengan mesej perpisahan rahsia daripada La Banda.

Para peminat perlu berpadu tenaga untuk menyuai padan lebih daripada 3,000 puzzle untuk merungkai mesej rahsia daripada kru Money Heist dan berpeluang untuk memenangi
memorabilia rancangan tersebut, termasuk jongkong emas replika, jumpsuit merah yang
ikonik, serta topeng Dali.

Untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang mengujakan ini, beli mana-mana produk
Magnum, imbas kod QR atau layari www.MagnumMoneyHeist.com.my, dan mula menyuai
padan piksel bersama pengguna lain untuk merungkai mesej ‘Sweet Goodbye’ yang
terakhir.

Stephanie Ng, Pengurus Pemasaran dari Wall’s Ice Cream, Unilever Malaysia berkongsi,
“Bercakap mengenai kolaborasi, kita telah menyaksikan impak besar yang dapat dicetuskan apabila jenama-jenama yang tepat bekerjasama untuk menambat perhatian penonton, mencetus perbualan serta mengutuhkan ekuiti jenama bagi kedua-dua pihak.

Jadi, tidak mungkin kami melepaskan peluang untuk berganding bahu dengan Money Heist – iaitu siri yang benar-benar luar biasa dan berjaya mencuri perhatian dunia dalam masa yang singkat.

Kami tidak sabar untuk menyaksikan tayangan finale rancangan ini sambil menikmati
aiskrim Magnum untuk menyempurnakan pengalaman tersebut.”