Institut Kemahiran UNICETE, Kuala Terengganu telah memberikan penhargaan khas kepada Tokoh NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Tokoh Utama Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun 2020.

Mustapha dipilih berdasarkan sumbangan yang berterusan bagi membangunkan kesedaran belia dalam pelbagai cara khususnya ceramah dan aktiviti bagi meningkat kesedaran belia-belia yang menggangur dan graduan lepasan yang belum bekerja.

Sijil Penhargaan Khas Institut Kemahiran UNICETE adalah institut dibawah Kementerian Sumber Manusia disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Mat Zani Puteh di kolej berkenaan baru-baru ini.

Tanda pengiktirafan Datuk Dr Mustapha kepada para belia yang berterusan bagi meningkatkan kemahiran belia dalam pelbagai kemahiran mengikut minat masing-masing.