Kemunculan HONOR 50 sehingga kini menjadi buah mulut ramai, bukan sahaja dipilih sebagai negara pertama luar China merasmikannya, malah diangkat sebagai telefon pintar HONOR terbaik untuk vlog.

Keistimewaan ini pastinya menjadi pilihan anak muda bebas menghasilkan karya
kreatif dengan HONOR 50. Peminat yang mahu memiliki HONOR 50 penstoran 8GB + 256GB berpeluang mendapat ganjaran bernilai sehingga RM300, manakala ganjaran sehingga RM120 menanti pembeli versi 6GB + 128GB.

HONOR 50 mendapat respons positif daripada peminat Malaysia semasa pra tempah tempoh hari, berita baik terjadi apabila lebih banyak ganjaran dapat ditawarkan serta kerjasama dengan DiGi.

HONOR 5O kini didapati dalam Pelan Pascabayar Freedom365 Digi. Dengan bayaran bulanan dari RM36/sebulan Pascabayar 120 Digi, anda boleh menikmati penjimatan sehingga RM1,135*.

Harga Promosi Peranti bermula 25 Oktober hingga 24 November 2021 dengan
bayaran muka sifar dan kadar imbuhan 0%.

HONOR 50 – Keindahan dengan Satu Tangkapan

HONOR 50 memberi pengalaman merakam satu tangkapan vlog kepada tahap baru, menghasilkan selfie dan video yang sempurna, dan abadikan kenangan bersama rakan-rakan dalam satu gambar.

Anda kini boleh merakam vlog semasa menghadiri parti, pada masa sama boleh bertukar fungsi selfie tanpa masalah dan tidak menjejaskan kualiti foto.

Kini dengan pembinaan kamera kuad yang dinaik taraf, meningkatkan kualiti kamera utama 108MP, kamera sudut lebar 8MP, kamera makro 2MP, dan kedalaman kamera 2MP, HONOR 50 membolehkan pengguna merakam foto dan video dengan kejelasan ultra dan perincian yang cantik, walau pada waktu malam ketika pencahayaan malap.

Terima kasih kepada bateri 4300mAh, HONOR 50 memiliki bateri tahan lama, ditambah dengan 66W Pengecasan Pantas HONOR, dapat meningkatkan kuasa dari sifar kepada 70% dalam masa 20 minit, maka tidak perlu risau lagi dengan masalah kehabisan bateri.

Cas telefon anda dengan mudah pada waktu pagi – bersiap-siap untuk pergi bekerja, nikmati segelas kopi dan roti, sedar-sedar saja HONOR 50 anda sudah siap dicas sepenuhnya. Tiada lagi ‘Monday blues’, HONOR 50 membantu produktiviti anda!

Lebih menarik, HONOR 50 hadir dengan skrin OLED 6.57 inci melengkung 75° yang
menyokong HD Penuh dan resolusi 2340×1080. Paparannya boleh menghasilkan
sejumlah 1.07 bilion warna dan meliputi 100° DCI-P3 warna gamut, sekaligus
menghasilkan visual yang mengagumkan, perincian yang tepat dan tajam, serta
warna yang mengasyikkan.

HONOR 50 dilengkapi dengan kadar penyegaran tinggi 120Hz, layar kadar pensampelan sentuhan 300Hz, ia pasti membolehkan pengalaman bergulir dan permainan lebih lancar. Kualiti hasil vlog akan terserlah dan anda pastinya kagum dengan kehebatan HONOR 50 dalam meluaskan kreativiti dan pemandangan anda.

Harga dan Keberadaan

HONOR 50 hadir dengan 2 warna pilihan, iaitu Midnight Black dan edisi terhad
HONOR Code dengan penyimpanan 6GB RAM + 128GB berharga RM1,699, boleh
didapati melalui pelbagai stor dalam talian sahaja.

Versi 8GB RAM + 256GB pula ditawarkan pada harga RM1,999 dan hadir dengan 3
pilihan warna Frost Crystal, Emerald Green dan Midnight Black, boleh didapati di
pelbagai stor dalam talian dan stor Diiktiraf HONOR seluruh negara.

Jangan berlengah! Dapatkannya secara dalam talian atau kunjungi stor berhampiran. Tiba masanya anda merasai pengalaman baru dengan HONOR 50! Kunjungi Stor HONOR atau Stor Diiktiraf HONOR seluruh negara dan dapatkannya
hari ini.