Platform GoCar Garage menawarkan kemudahan dan penyelesaian yang boleh
dipercayai kepada pemandu wanita untuk menyelenggara serta servis kereta mereka
300 orang pelanggan wanita pertama akan menerima penukaran minyak enjin secara
percuma.

Di samping pilihan-pilihan tambahan, penghantaran ke rumah secara percuma serta manfaat-manfaat lain.

GoCar Malaysia hari ini mengumumkan kempen GOLADIES yang menawarkan golongan wanita untuk mencuba perkhidmatan GoCar Garage secara percuma bersama beberapa pilihan naik taraf.

Kempen ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pemandu wanita untuk memanfaatkan penyelesaian penyelenggaraan dan perkhidmatan servis kereta secara digital di bawah satu bumbung.

Boleh didapati menerusi aplikasi GoCar, platform yang lengkap bersama struktur harga
yang telus ini boleh membantu golongan wanita untuk memenuhi segala keperluan
penjagaan kereta tanpa perlu bimbang terhadap caj-caj tersembunyi atau tidak dijangka.

Dapatkan servis percuma bersama pilihan naik taraf dan penghantaran secara percuma
dengan GOLADIES.

Melalui kempen ini, 300 orang pelanggan wanita pertama yang menggunakan kod-kod promo tertentu di aplikasi mudah alih GoCar akan menerima satu servis penukaran minyak secara percuma atau memilih perkhidmatan sama yang boleh dinaik taraf.

Menerusi kempen ini, mereka juga boleh memastikan kereta diservis tanpa perlu
mengambil cuti atau keluar dari rumah kerana GoCar menawarkan penghantaran ke
rumah GoValet secara percuma.

Manfaat-manfaat lain termasuklah boleh menggunakan kereta GoCar selama dua jam,
perkhidmatan membasuh dan sanitasi kereta, serta pemeriksaan 31 poin kenderaan
secara percuma bagi membantu memastikan kereta mereka berada dalam keadaan
terbaik.

Kod promo yang hanya boleh digunakan sekali sahaja itu mesti dimanfaatkan di antara
21 Oktober hingga 30 November 2021. Tetapi pelanggan boleh menebus temu janji
servis mereka sehingga 31 Disember 2021.

Kempen GOLADIES hanya boleh didapati di Lembah Klang. Kenderaan akan diservis di
GoCar Garage Hub di Petaling Jaya. Servis kereta di hujung jari anda; tanpa caj tersembunyi, tiada kejutan

“GoCar Garage merupakan penawaran terkini dalam perkhidmatan kami yang semakin
fokus ke atas aspek ‘mobiliti-sebagai-satu-perkhidmatan’ untuk menambah baik
pengalaman pelanggan melaluk teknologi.

“Kami faham bahawa menyelenggara kereta secara umumnya bukanlah satu pengalaman yang menyeronokkan. Malah kemungkinan wujud kos-kos yang tidak dijangka juga meresahkan pengguna.

Golongan wanita biasanya berasa lebih bimbang jika dikenakan kos berlebihan atau ditipu. Sebab itulah penyelesaian GoCar Garage ideal untuk mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.