Jangan lupa tonton Siaran Langsung Pelancaran Rasmi HONOR 50 secara Online pada 18 Oktober 2021, 8 malam

Telefon pintar hari ini menjadi alat peranti kamera wajib bagi setiap individu dan tidak dapat dibayangkan jika hidup tanpa memilikinya.

Sebagai satu alat yang menghidupkan kerja seharian, kami mengembangkan keupayaannya untuk menghasilkan rakaman yang melengkapkan kehidupan seharian.

Permintaan tinggi terhadap penciptaan konten maya menuntut hanya gajet pintar dengan keupayaan pelbagai dan sensitif terhadap kehendak pengguna sahaja yang mampu memenuhi kehendak itu.

Siri HONOR 50 membawakan anda kamera sudut sempurna memenuhi keperluan fotografi harian anda seperti teman pengembara.

Ia dilengkapi dengan kamera depan superior dan kamera quad belakang tahap profesional dengan spesifikasi yang memukau iaitu kamera utama 108MP, kamera sudut lebar 8MP, kamera makro 2MP, dan kamera bokeh 2MP yang menjadikan foto dirakam pada sudut sempurna, pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. HONOR 50 mengadaptasi rekaan dual ring, dengan mata lensa atas sebagai kamera utama dan mata lensa bawah mempunyai tiga lensa tambahan.

Flash kedua-dua kamera berfungsi dengan selari, pada garis mengufuk dan simetri, sama seperti sepasang mata yang sentiasa ingin meneroka dunia.

Kamera utama 108MP HONOR 50 memecahkan rekod dengan memilki sensor resulosi tinggi ultra 1/1.52 sehingga 12032 x 9024. Zum digital boleh dibesarkan sehingga 10 kali untuk gambar, sehingga boleh mencetak poster setinggi satu meter.

Aperture lebar 1.9 membenarkan lebih cahaya masuk ke dalam lensa dan menghasilkan foto yang lebih jelas walau berada pada suasana cahaya rendah.

Rakaman video juga bertambah keupayaannya dengan zum dekat sehingga 6 kali,
membolehkan pengguna merekod dari jarak jauh.

Kamera sudut lebar 8MP HONOR 50 menampilkan ciri pemandangan sudut 112
darjah dan aperture F2.2, membolehkan rakaman foto lebih lebar ditangkap dengan
mudah.

Ditingkatkan dengan teknologi pembetulan khas, kamera sudut lebar meminimumkan gangguan perspektif dan merakam setiap perincian sebanyak mungkin.

Kamera bokeh 2MP HONOR 50 sesuai untuk rakaman potret apabila latar belakang foto kelihatan kabur, menjadikan subjek hadapan lebih fokus dan menyerlah.

Kamera makro 2MP HONOR 50 membolehkan perspektif baru yang lebih kreatif
yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kamera depan 32MP HONOR 50 boleh digerakkan sehingga sudut pemandangan 90 darjah dengan sensori ultra yang mengesan dan membesarkan rakaman wefie kepada sudut lebar apabila mengesan lebih ramai orang dan pemandangan dimuatkan dalam satu kamera.

Pemprosesan pintar AI menjadikannya mampu mengubah sendiri bagi mengekalkan kualiti foto selfie pada waktu malam atau pada keadaan cahaya malap.

Hasilkan foto pertama anda sebagai rakaman dimensi baru yang menakjubkan dengan HONOR 50 dan terokai dunia melalui lensa multi-sensor yang magis.

Perhatian kepada peminat fotografi – Kami mahu kenal dan mendengar pendapat anda. Sertai kami dalam Pelancaran Rasmi HONOR 50 secara Penstriman Langsung pada 8 malam, 18 Oktober 2021, dibawakan oleh HONOR Malaysia serta Laman Facebook Gempak dan Era.

Sebarang kemas kini, semak Stor HONOR, Stor Flagship HONOR di Lazada, Stor Rasmi HONOR di Shopee atau Laman Facebook HONOR Malaysia di www.facebook.com/HONORMY.