AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 12 tahun berturut-turut kini bersedia untuk kembali menyambut para tetamu, berikutan pengumuman kerajaan mengenai pembukaan semula perjalanan domestik dan aktiviti pelancongan.

AirAsia menjaminkan standard keselamatan tertinggi, seiring dengan rancangan mitigasi Covid-19 nya yang termasuk hanya menerima tetamu yang telah divaksin sepenuhnya dalam penerbangan, mewajibkan proses daftar masuk secara kendiri melalui airasia Super App yang telah diintegrasikan dengan status vaksinasi melalui MySejahtera, dan bakal melancarkan sistem pengecaman wajah FACES tidak lama lagi – menjadikan keseluruhan pengalaman perjalanan secara digital tanpa kertas untuk meminimumkan sentuhan antara para tetamu dan kakitangannya

Sebagai permulaan pembukaan perjalanan domestik, AirAsia akan mengendalikan sebanyak 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik. AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK) akan beroperasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang (21x mingguan), Johor Bahru (10x mingguan), Kuala Terengganu (28x mingguan) dan Kota Bharu (35x mingguan).

Lebih banyak laluan dan kekerapan akan ditambah apabila permintaan perjalanan meningkat seiring dengan pembukaan semula lebih banyak destinasi percutian dalam masa terdekat dan tertakluk kepada persetujuan daripada pihak berkuasa.

Nikmati tambang rendah yang tiada tandingan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Kota Bharu dari hanya RM12 sehala*. Penerbangan sedia ditempah di airasia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’ dari sekarang hingga 17 Oktober 2021, untuk tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Para tetamu yang mempunyai Akaun Kredit AirAsia boleh menggunakannya untuk menebus penerbangan. Pemegang kad BigPay dan Hong Leong Bank airasia boleh menempah lebih awal dari jam 10:00 pagi pada 10 Oktober 2021.

Para tetamu juga boleh menikmati penjimatan sehingga 60% dengan pakej penerbangan dan hotel oleh SNAP, termasuk penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam di hotel.

Jualan kilat SNAP juga akan berlangsung pada 13-15 Oktober 2021, yang menawarkan penerbangan beserta penginapan hotel di Pulau Pinang dengan hanya RM179 seorang. Klik pada ikon ‘SNAP’ di airasia Super App untuk tempahan. Semua hotel yang tersenarai di SNAP dibenarkan beroperasi oleh kerajaan dan mematuhi SOP yang ketat.

Bagi mereka yang memilih untuk membuat tempahan hotel secara berasingan, nikmati diskaun tambahan 10% untuk semua hotel dengan kod promosi AAHOTEL10 pada ikon ‘Hotels’ di airasia Super App untuk tempahan dari sekarang hingga 17 Oktober 2021 dan tempoh perjalanan dari 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Sementara itu, para tetamu yang telah menebus e-baucar Cuti-Cuti Malaysia AirAsia oleh Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) boleh menggunakannya untuk menikmati diskaun sebanyak RM50 bagi mana-mana penerbangan domestik AirAsia Malaysia untuk tempahan antara 4 Oktober 2021 dan 17 Oktober Oktober 2021 untuk tempoh perjalanan dari 4 Oktober 2021 hingga 30 November 2021.

Maklumat penuh penebusan tersedia di laman web airasia, tertakluk pada terma dan syarat. E-baucar masih boleh ditebus, bergantung kepada asas layan dahulu.

Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia berkata, “Sekalung tahniah dan penghargaan kepada kerajaan di atas kejayaan melaksana program vaksinasi nasional yang membolehkan pembukaan sektor perjalanan domestik dengan selamat.

AirAsia akan terus bekerjasama dengan semua pengawal selia yang relevan, badan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak berkuasa penerbangan awam dan kesihatan untuk memastikan standard pematuhan tertinggi bagi setiap penerbangan yang dikendalikan.