Dalam usaha untuk terus menjadikan ilmu dan pembelajaran sesuatu yang mudah diakses untuk semua, airasia academy (sebelum ini dikenali sebagai Redbeat Academy), cabang pendidikan teknologi airasia Digital hari ini mengumumkan bahawa ahli BIG boleh menggunakan BIG Poin mereka untuk menebus sebarang kursus di redbeatacademy.com.

Dr. Ram Gopal, Pengarah Strategi dan Inovasi airasia academy berkata, “Ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyediakan satu akses mudah kepada semua yang berminat untuk mempelajari atau menambah baik kemahiran mereka.

Kami berbesar hati untuk memberi peluang kepada ahli BIG untuk menebus sebarang kursus yang tersedia di platform kami menggunakan BIG Poin mereka.

Sebagai sebahagian daripada ekosistem airasia yang kini merupakan platform digital perjalanan dan gaya hidup, kami terus memperkukuh usaha digitalisasi kami dengan memanfaatkan mata wang kesetiaan digital oleh anak syarikat kami iaitu BIG Rewards.

Melalui usaha ini, kami dapat bekerjasama untuk menawarkan nilai terbaik, lebih pilihan dan membuka peluang baharu secara keseluruhan untuk pengguna airasia.”

airasia academy juga menawarkan 10 kali ganda BIG Poin untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di platform Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) atau  Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) sepanjang bulan Oktober 2021 ini.

Ahli BIG yang menebus Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) akan mendapat akses kepada lebih 150 jam kandungan pendidikan untuk dipelajari pada bila-bila masa.

Ahli BIG juga boleh menebus kursus seperti Pemasaran Digital, Penganalisis Data, Reka Bentuk UX, Perisian Kejuruteraan, Keselamatan Siber dan banyak lagi melalui platform Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) di airasia academy.

Langganan untuk Platform Pembelajaran Sesuai Permintaan (On-Demand Learning) bermula daripada serendah RM35 setiap bulan dengan lebih 150 jam kandungan pendidikan termasuk teknologi, perniagaan dan keusahawanan, kepimpinan, gaya hidup (seperti kandungan Feng Shui oleh Dato’ Joey Yap yang baru sahaja tersedia), komunikasi, pendidikan, kewangan, seni dan banyak lagi.

Pendaftaran untuk kursus platform Pembelajaran oleh Tenaga Pengajar (Instructor-Led Training) termasuk kursus untuk menambah baik dan mempelajari kemahiran baharu, pengesahan pembelajaran (micro-credential), dan berkaitan perniagaan daripada universiti terkemuka bermula daripada serendah RM100. Untuk maklumat lanjut, layari redbeatacademy.com atau klik pada ikon ‘Academy’ di airasia Super App.

Baru-baru ini, airasia academy telah melancarkan forum di laman web redbeatacademy.com bertujuan untuk membina komuniti di mana individu boleh bersembang untuk mengetahui maklumat terkini bagi promosi dan kursus baharu, berhubung dengan tenaga pengajar airasia academy untuk sebarang pertanyaan, mencadangkan kursus yang mereka inginkan disediakan di platform airasia academy dan lain-lain.