Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), penyedia perniagaan perkhidmatan wang terbesar di Malaysia bekerjasama dengan MCIS Insurance Berhad (MCIS Life).

Kerjasama itu adalah untuk memasarkan pelan insurans hayat yang mengambil bahagian dalam program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) RM50 bersama Celcom Axiata Berhad (Celcom) sebagai salah satu rakan telekomunikasi untuk menjangkau segmen yang kurang mendapat perhatian.

Melalui perkongsian ini, pelan Merchantrade Insure Life boleh ditebus menggunakan PTV RM50 seperti yang diumumkan dalam belanjawan negara 2021.

Penebusan ini membolehkan rakyat Malaysia yang layak berumur antara 18 hingga 60 tahun yang kini menjadi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk menikmati perlindungan polisi Merchantrade Insure Life dengan jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM20,000 selama 1 tahun.

Dilaporkan bahawa sekitar 8.4 juta penerima BPR yang layak akan mendapat manfaat daripada program PTV tersebut. PTV itu amat penting kerana ia memberi kuasa kepada rakyat Malaysia terutama mereka yang masih belum mempunyai perlindungan insurans hayat untuk mencari jalan bagi melindungi anggota keluarga mereka dari segi kewangan.

Polisi istimewa ini merangkumi kematian disebabkan oleh sebarang punca termasuk Covid-19 dan di samping itu, jumlah pembayaran juga berlipat ganda menjadi RM40,000 untuk penyakit tertentu seperti demam Denggi, demam Chikungunya, Malaria, virus Ensefalitis Jepun, Selsema Burung atau virus Zika.

Ramasamy K Veeran, Pengasas dan Pengarah Urusan Merchantrade Asia dan Prasheem
Seebran, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MCIS Life menyambut baik inisiatif kerajaan dalam meningkatkan jaringan keselamatan sosial terutama di kalangan rakyat dalam kategori B40 dan berpendapatan rendah.

T. Kugan, Ketua Pegawai Perniagaan Baharu Celcom Axiata Berhad berkata, “Celcom terus berusaha untuk menyediakan pelbagai perlindungan insurans yang berpatutan seperti insurans Hayat, Kemalangan Diri dan Kecurian kepada semua rakyat Malaysia.

Pandemik Covid-19 tidak hanya memberi kesan kepada kesihatan tetapi juga kehidupan semua rakyat Malaysia, dan sangat penting bahawa setiap orang mempunyai peluang untuk dilindungi dari segi kewangan, dan memberi mereka ketenangan apabila mengetahui bahawa anggota keluarga mereka turut dilindungi”.

“Dengan liputan rangkaian terluas 4G LTE Celcom, kami juga mampu menjangkau segmen yang kurang mendapat perhatian di seluruh Malaysia melalui Aplikasi Celcom Life kami.

“Kami juga berharap dapat meneruskan kerjasama dengan Merchantrade Insure dan menawarkan penyelesaian yang lebih mudah, secara langsung, berpatutan dan mudah diakses kepada pelanggan kami,” katanya.

Merchantrade Insure Life, yang ditaja jamin oleh MCIS Life, menawarkan proses pendaftaran yang mudah, tiada masa menunggu, tidak memerlukan pemeriksaan perubatan dan dilengkapi dengan perlindungan 24 jam di seluruh dunia, memastikan pelan insurans yang sangat berpatutan dengan halangan masuk yang rendah yang membolehkan komuniti yang tidak dilindungi mendapat akses yang lebih baik dan adil terhadap perlindungan insurans hayat.

Untuk maklumat lanjut tentang pelan Merchantrade Insure Life, sila layari laman sesawang https://mtradeasia.com/insure/ptvms/.