Persaingan antara jenama sentiasa menjadi faktor dalam setiap produk di pasaran. Setiap pelanggan mahukan tawaran dan perkhidmatan terbaik pada harga berbaloi.
Pada hakikatnya, manusia mahukan yang terbaik dari segalanya dan akan memaksimumkan setiap potensi pengalaman pengguna dengan sebaik mungkin. Kini menjadi jenama bebas, HONOR terus mara ke hadapan dengan menggunakan pendekatan berpusatkan konsumer.
Secara ringkasnya, HONOR mahu mengutamakan pelanggan dalam semua aspek. Oleh itu, HONOR sentiasa menitikberatkan inovasi agar dapat mencapai matlamatnya untuk
berpusatkan konsumer.
Justeru, syarikat ini membuka lebih 3,000 pusat perkhidmatan di 82 buah negara serta mempunyai 43 pusat panggilan yang menyokong pelbagai bahasa bagi memudahkan penggunanya.

HONOR sentiasa mendengar pengguna untuk memahami keperluan mereka bagi membangunkan fitur perisian yang lebih baik, pada masa sama bersikap fleksibel
untuk memenuhi pelbagai tingkah laku pengguna. Berkisar pada berpusatkan konsumer, HONOR membuat banyak pelaburan bagi memahami trend yang sentiasa berubah, selain meneliti maklum balas pengguna.
Dengan kedudukan baru HONOR sekarang, syarikat ini bekerjasama dengan pembekal teratas di dunia dalam kolaborasi seperti ekosistem, perkakas dan perisian. Ini membolehkan HONOR mengakses teknologi tercanggih di dunia untuk mencipta produk dan pengalaman pengguna terbaik untuk peminatnya.
Setakat ini, HONOR mempunyai 5 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta lebih 100 makmal inovasi di seluruh dunia.
Strategi masa depan HONOR termasuk strategi produk 1+8+N yang akan menggabungkan telefon pintar sebagai platform teras sambil membangunkan peranti lain seperti notebook, skrin pintar, tablet, peranti boleh pakai, produk audio dan router.
Ini memudahkan gaya hidup peminat yang semakin membiasakan diri dengan penggunaan alat teknologi setiap hari. Untuk kekal berpaksikan konsumer, HONOR mengadaptasikan “pendekatan dua roda”, dengan satu roda bagi memahami trend dan maklum balas pengguna.

Manakala roda kedua adalah visi HONOR untuk mengutamakan keperluan pengguna sambil berintegrasi dengan teknologi tercanggih. Kedua-dua roda ini adalah selari, sebagaimana teknologi dan manusia saling mengiringi.
HONOR mempercayai kunci kejayaan akan membuka laluan menuju ke pelan hala
tuju teknologi terkemuka untuk mengikuti trend and inovasi terkini. Oleh itu, melalui
berbagai-bagai usaha di pelbagai sektor bidang tumpuan, HONOR bersemangat
untuk membuat peminatnya merasakan mereka diutamakan, semuanya demi
jenama yang mereka boleh mempercayai untuk jangka masa panjang.
Berpusatkan konsumer memang penting menyeronokkan kan! Lihat sahaja proses-
proses yang telah HONOR lalui seperti diceritakan di atas. Ikutilah perkembangan
HONOR seterusnya di laman web https://www.hihonor.com/my/.







































