Diskaun sehingga RM300 dan hadiah percuma apabila membeli komputer riba, peranti boleh pakai
HONOR Malaysia kembali menawarkan diskaun menarik untuk komputer dan peranti boleh pakai menerusi HONOR 9.9 Super Shopping Day.
Nikmati diskaun sehingga RM300 bagi jualan ini di Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Malaysia Official Store. Hadiah percuma payung, baucar VIP JOOX 3 bulan, beg galas komputer riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth bakal menanti pembeli.
Jualan di Lazada berlangsung dari 9 hingga 11 September, manakala Shopee pada 9 September sahaja. Berikut adalah senarai peranti yang ditawarkan pada harga diskaun.
HONOR Band 6 – Skrin lebih besar, pengecasan pantas dan bateri tahan selama 14 hari

Berikutan pandemik, ramai mencari Pulse Oximeter untuk mengukur kadar oksigen dalam darah sebagai langkah berjaga-jaga.
Apa kata anda membeli gelang pintar ini yang bukan sahaja berupaya mengukur ketepuan oksigen dalam darah (SpO2) tetapi juga dapat mengawasi degupan jantung selama 24 jam, memantau tahap tekanan selain mempunyai 10 mod senaman.
Ciri menarik lain gelang pintar ini adalah memantau kitaran haid dan ketahanan air sehingga kedalaman 50 meter. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Meteorite Black, Coral Pink dan Sandstone Grey. Harga selepas diskaun adalah RM165 dari RM189.
“Teman Sejati” HONOR 50: HONOR Earbuds 2 Lite – Menghasilkan muzik tulen, pembatalan hingar aktif dan hayat bateri panjang

Pengguna yang mencari fon telinga stereo tanpa wayar sebenar (TWS) dengan hayat bateri panjang boleh memiliki HONOR Earbuds 2 Lite. Baterinya mampu tahan sehingga 32 jam dan pengguna dapat ‘melayan’ muzik selama 10 jam.
Malah, dengan pengecasan 10 minit sahaja sudah mencukupi untuk memutar muzik selama 4 jam!
Selain itu, fungsi mod kesedaran membantu pengguna ketika berada di tempat awam sedar terhadap persekitarannya. Apabila mod pembatalan hingar aktif (ANC) diaktifkan, ia dapat mengurangkan bunyi bising persekitaran, sesuai dipakai untuk kelas dan mesyuarat dalam talian atau membuat panggilan.
Fon telinga ini juga hadir dengan teknologi dwi-mikrofon agar penerima panggilan tidak terganggu dengan bunyi angin ketika pengguna bercakap sambil berjalan.
HONOR Earbuds 2 Lite ditawarkan pada harga RM269 selepas diskaun dan pembeli akan mendapat baucar VIP JOOX 3 bulan.

HONOR MagicWatch 2 – Jam tangan pintar bergaya dengan lebih 100 mod senaman dan panggilan Bluetooth Jam tangan pintar premium diperbuat daripada keluli 316L ini hadiah terbaik untuk insan tersayang.
Bagi mereka yang mengalami masalah tidur, jam ini boleh mengawasi dan mendiagnosis enam jenis masalah tersebut. Fungsi lain disediakan jam ini ialah mengukur SpO2, menyediakan lebih daripada 100 mod senaman, speaker dan mikrofon terbina dalam selain baterinya bertahan sehingga 14 hari.
Harga diskaun HONOR MagicWatch 2 42mm Agate Black dan HONOR MagicWatch2 46mm Flax Brown masing-masing RM449 dan RM549, manakala HONOR MagicWatch 2 46mm Charcoal Black ditawarkan pada harga RM499. Pembeli akan membawa pulang hadiah percuma payung.

Siri HONOR MagicBook – Perlindungan mata, daya ketahanan, kompak dan berkuasa
Sekiranya anda mencari komputer riba untuk tugasan pejabat dan mesyuarat dalam talian, HONOR MagicBook 15 adalah sesuai untuk anda. Ini kerana ia hadir dengan WIFI-6 yang tidak akan menimbulkan masalah lengah apabila anda mengikuti persidangan video dan audio mahupun ketika membuat kerja.
Sempena jualan ini, HONOR MagicBook 15 ditawarkan pada harga RM3,499 dan pembeli akan menerima hadiah percuma beg galas komputer riba HONOR berserta tetikus
wayarles Bluetooth.
Keadaan negara yang dilanda pandemik menyebabkan pelajar perlu belajar dari rumah. Ibu bapa yang masih mencari komputer riba pada harga berbaloi boleh membeli HONOR MagicBook X 15. Masalah lengah tidak akan timbul ketika mengikuti kelas dalam talian dan menggunakan aplikasi lain.
Ia juga sesuai bagi tugasan berat seperti menghasilkan fail multimedia, mengedit foto, video dan bermain permainan komputer.

Harganya bermula dari RM2,299 bagi pemproses i3 dan RM2,899 untuk i5. Bagi i5, pembeli akan membawa pulang beg galas komputer riba HONOR berserta tetikus wayarles Bluetooth. Sementara pembeli i3 diberikan hadiah percuma beg galas komputer riba.
Untuk HONOR MagicBook Pro pula, ianya sesuai untuk golongan elit bisnes. Pemproses Ryzen 5 4600H dan Grafik AMD Radeon melancarkan tugasan berat seperti Photoshop dan Lightroom.
Harga promosi untuk komputer riba ini adalah RM3,299, iaitu penjimatan sebanyak RM300. Hadiah percuma beg galas komputer riba HONOR dan tetikus wayarles Bluetooth turut menanti pembeli.
Kelebihan siri HONOR MagicBook ialah pengecasan pantas, tahan lasak dan ringan.
Skrinnya diiktiraf persijilan TUV Rheinland untuk melindungi mata pengguna dari
cahaya biru dan mengelak daripada berasa letih.
Siri ini sesuai untuk penggunaan tempoh panjang kerana mempunyai kipas penyejuk berkuasa besar.
Jadi apa anda tunggu lagi, berebutlah promosi sempena HONOR 9.9 Super Shopping Day untuk mendapatkan peranti idaman pada harga diskaun. Untuk matlumat lanjut HONOR 9.9 Super Shopping Day boleh mengunjungi Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Malaysia Official Store dan laman web HONOR Malaysia di https://www.hihonor.com/my/.











































