iSend Logistics Malaysia (iSend), pakar logistik dan pergudangan meluaskan perkhidmatannya dengan menjalin kerjasama dengan Ikobana Sdn. Bhd untuk meluaskan liputan perniagaannya.

iSend merupakan subsidiari MAA Group Berhad, manakala Ikobana merupakan penyedia perkhidmatan kurier dan pengangkut barangan tempatan yang ditubuhkan pada 2006, dengan 70 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pengurus Besar iSend Logistic, Zamri Rahman berkata, pada waktu pandemik COVID-19, dan perintah kawalan pergerakan, terdapat pelonjakkan pengunaan ambil guna digital di kalangan pengguna dan juga sektor perniagaan, yang menyaksikan peningkatan besar di dalam transaksi e-dagang.

“”Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Jun 2021, perolehan e-dagang tumbuh sebanyak 23.3 peratus kepada RM267.6 bilion berbanding tempoh sama pada 2020 manakala dibanfingkan dengan suku pertama berakhir 31 Mac 2021, perolehan tumbuh sebanyak 5.1 peratus, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi keseluruhan tahun 2020, pertumbuhan perolehan e-dagang meningkat sebanyak 32.7% kepada RM896.4 bilion, faktor daripada PKP ketika musim pandemik COVID-19 yang bukan sahaja meningkatkan transaksi runcit dalam talian tetapi juga transaksasi di kalangan perniagaan terutama sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Menurut Zamri, mengambil peluang di dalam landskap semasa, iSend menawarkan perkhidmatan penghantaran kurier lebih peribadi, kos efisien, pantas dan dipercayai, bukan sahaja untuk pelanggan korporat tetapi juga orang awam.

“Perkongsian strategik antara iSend dan IKOBANA akan memberikan peluang kepada kami untuk mempamerkan kedudukan kami di dalam pasaran penghantaran pertama dan penghujung di Malaysia.

Bagi terus seiring dengan letusan e-dagang di Malaysia, iSend akan menumpukan kepada perkongsian, menambah pelaburan di dalam teknologi dan mengukuhkan sistem operasi. Kami telah mengenal pasti jurang di dalam permintaan pelanggan dan akan menawarkan produk dan perkhidmatan menarik dan baru yang dipertingkatkan tidak lama lagi,’’ jelasnya.

Mengulas lanjut katanya, iSend merancang untuk meluaskan operasi ke seluruh Malaysia di dalam tempoh lima tahun ini dengan mengadakan sekurang-kurangnya 99 stesen satelit bagi menyokong tujuh hab di setiap wilayah.

Pada masa ini, kami memiliki enam pusat pengedaran dan 60 stesen satelit di Malaysia selain itu syarikat ini juga memiliki operasi di Filipina.

Manakala Presiden Ikobana, Nurhazli Ghazali, berkata operasi pertama/penghujung iSend membolehkan perkhidmatan penghantaran satu tempat ke tempat yang lain. Outlet IKOBANA kini menawarkan pengambilan bungkusan dari rumah ke rumah dengan menggunakan aplikasi mobile kami. Di musim pandemik ini, para pengguna lebih biasa melakukan transaksi menerusi internet dan memilih untuk tidak ke luar dari rumah’’.

Pelanggan yang menggunakan IKOBANA iShop untuk menghantar barangan kini juga boleh memilik iSend sebagai penyediaan penghantaran pantas dan boleh dipercayai disamping menikmati kadar istimewa.

Pada masa yang sama, IKOBANA akan memberikan perbandingan kadar penghantaran terbaik daripada syarikat kurier dalam talian dan offline terkemuka, bagi perbandingan nilai terbaik untuk wang khususnya bagi pelanggan rantaian bekalan, yang akan juga menjimatkan masa pengguna di dalam membuat keputusan.