Strim GEGAR pada bila-bila masa, di mana jua menerusi aplikasi SYOK
Para peminat GEGAR, radio pilihan No. 1 di Pantai Timur, boleh menikmati barisan personaliti baharu bersama segmen-segmen terkini bermula hari ini, di udara dan juga di aplikasi SYOK.
Segmen pagi ‘GEGAR Pagi bersama Shah dan Issey’, yang serba baharu menampilkan kehadiran Issey Fazlisham, personaliti baharu GEGAR, bergandingan bersama Shah
Muhammad, suara pagi GEGAR yang dikenali ramai.
Issey Fazlisham, jejaka kelahiran Kelantan yang berjiwa besar dalam seni persembahan dikir barat dan adat budaya Melayu, akan merancakkan suasana pagi di GEGAR dengan celoteh, buah fikiran dan perkongsian menarik bersama Shah Muhammad, dan juga dimeriahkan dengan variasi program-program baharu di waktu pagi.
Para peminat boleh mendengarkan ‘GEGAR Pagi bersama Shah dan Issey’, setiap Ahad hingga Khamis, 6 hingga 10 pagi, dengan pelbagai program baharu berunsur santapan minda, sesi bual bicara dan perkongisan santai.
Peminat juga boleh menikmati segmen ‘GEGAR 10-3’, yang kini akan dikendalikan oleh Mek
Zura, setiap Ahad hingga Khamis, dari 10 pagi hingga 3 petang. ‘GEGAR 10-3’ akan mempersembahkan pengisian baharu termasuk perbincangan topik-topik berkaitan wanita,
tips keibuan, berkongsi resepi masakan, dan sebagainya.
Disegmen ‘GEGAR Malam’ pula, para peminat kini akan ditemani oleh Scha Musa,setiap Ahad hingga Khamis, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, menghiburkan peminat dengan pengisian baharu.
Para peminat GEGAR boleh terus berhibur dengan segmen ‘GEGAR Petang’, bersama Ewan
dan DJ Nazz, setiap Ahad hingga Khamis, 3 petang hingga 7 malam, yang mempersembahkan gandingan unik dengan pengisian yang menarik perhatian ramai peminat seperti Buletin Pantai Timur, Sembang Petang, DJ Nazz Rungkai dan banyak lagi.






































