Video Kecantikan Potret pada Reno6 Z 5G mampu memberikan suntingan yang kelihatan semulajadi pada video potret untuk meningkatkan kualiti penampilan anda.

Hari ini, OPPO bersama-sama selebriti tempatan iaitu Puteri Aishah, pelakon terkenal di Malaysia; Elizabeth Tan, penyanyi terkenal; Zahira MacWilson, pelakon wanita serta model terkenal dan SonaOne, penyanyi, penulis lagu dan penyanyi rap, telah melancarkan tambahan terbaru dalam Siri Reno, iaitu Reno6 Z 5G dan Reno6 5G.

Siri Reno6 5G meneruskan sasaran Reno untuk memberikan kehebatan pengimejan dan membawa pengalaman potret satu langkah ke hadapan dengan kebolehan AI yang
dipertingkatkan dan antara muka pengguna yang bersifat intuitif yang boleh merakan
setiap emosi dengan tepat dalam sebuah potret.

Sebagai “Pakar Potret”, Reno6 Z 5G membolehkan pengguna untuk merakam potret video dan gambar yang lebih baik ketika siang dan malam, dengan menjadi sebuah studio potret mudah alih.

Selain daripada ciri-ciri hebatnya, seperti rekaan ikonik Reno yang dihasilkan dengan Reno Glow, sokongan 5G yang sangat cekap, dan kepantasan ColorOS11, Reno6 Z 5G adalah peranti yang tepat untuk pengguna seluruh dunia dalam era video 5G ini.

Kedua-dua Reno6 Z 5G dan Reno6 5G dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang melangkau industri, seperti Potret Suar Bokeh yang baru diperkenalkan. Dengan ciri ini, Reno6 Z 5G boleh merakam potret yang indah dengan kesan cahaya bokeh yang sama seperti kamera profesional.

Boleh digunakan pada kamera belakang dan hadapan, ciri ini menukarkan cahaya latar belakang secara automatik kepada cahaya bokeh dan menerangkan subjek potret, memberikan fotografi bertaraf profesional dengan hanya satu klik.

Manakala untuk Reno6 5G, ciri ini memberikan kesan bokeh yang berkualiti sinematik untuk video yang dirakam pada telefon pintar. Dikuasai dengan lebih 10 juta set data potret dan algoritma AI, Video Potret Suar Bokeh memberikan pemprosesan video dalam waktu sebenar untuk merakam video potret dengan tompokan cahaya bokeh pada latar belakang, sambil mengekalkan subjek potret untuk sentiasa kelihatan semulajadi dan cerah. Ia juga boleh digunakan pada kamera hadapan dan belakang.

“Kamera pada Reno6 Z 5G memudahkan untuk merakam potret yang hebat, dan dengan
adanya AI, hasilnya sentiasa kelihatan seperti ia dirakam di dalam studio! Potret Suar
Bokeh dan Video Potret Kecantikan membantu saya untuk merakam potret video yang
cantik dan sangat jelas,” kata Puteri Aishah.

Bersetuju dengan Puteri Aishah tentang kebolehan rakaman potret yang hebat pada Reno6 Z 5G, Elizabeth Tan turut menambah, “Reno6 Z 5G juga sangat selesa pada genggaman dan kesan Reno Glow juga menjadikannya sangat cantik untuk dilihat, jadi saya pun sentiasa mengeluarkannya pada bila-bila masa.”

Bagi SonaOne, yang sentiasa bermain permainan video, Reno6 Z 5G adalah sebuah peranti yang berkuasa hebat. Beliau berkata, “Sebagai seseorang yang sentiasa meluangkan masa bermain permainan video apabila saya tidak bekerja, saya sangat suka akan paparannya yang berkualiti tinggi dan pengalaman permainan video yang ada pada Reno6 Z 5G.

Bukan sahaja ia memberikan saya pengalaman hiburan yang hebat, tetapi ia juga menjadi sebuah peranti yang membolehkan saya untuk menunjukkan projek-projek saya kepada rakan-rakan atau peminat saya. Selain itu, saya juga kagum dengan Air Gestures dan VOOC yang memudahkan kehidupan saya.

Secara asasnya, peranti ini adalah teman saya yang kreatif dan memang tak dapat dipisahkan!”

Kehebatan Kebolehan AI yang Meningkatkan Kehebatan Pengalaman Potret Penghasilan gambar dan video potret yang hebat adalah salah satu ciri pada siri Reno yang menjadikannya terkenal sejak beberapa tahun lalu.

Siri OPPO Reno kini menjadi pilihan lebih 70 juta pengguna serata dunia dalam masa sebulan, yang secara puratanya, merakam lebih 2 bilion gambar dan lebih 200 juta memori dalam video. Bergantung pada kebolehan AI OPPO yang hebat, Siri Reno6 5G dilengkapi dengan ciri video potret yang melangkaui industri yang meningkatkan pengalaman rakaman potret.

Rekabentuk Menawan dengan Rekaan Reno Glow yang Ikonik

Mengekalkan rekaan ikonik pada Siri Reno, Siri Reno6 5G memiliki reka bentuk yang penuh stail dengan rekaan yang nipis. Ia turut didatangkan dengan dua warna yang cantik dengan kesan Reno Glow yang eksklusif untuk OPPO; Aurora dan Stellar Black.

Kesan Reno Glow menjadikan rekaan belakang Aurora dan Stellar Black lebih bersinar dan ia juga membolehkan capjari untuk tidak melekap pada badan peranti. Selain itu, dengan proses Diamon Spectrum yang terbaru, Aurora menghasilkan warna yang sentiasa berubah dari setiap sudut. Ia bersinar dengan pelbagai warna, menggambarkan Northern Lights apabila dilihat dari sudut berbeza.

Pengalaman Hiburan yang Terbaru, dan Lebih Hebat

Kedua-dua Reno6 Z 5G dan Reno6 5G didatangkan dengan teknologi Penambahan RAM yang dihasilkan sendiri oleh OPPO, yang membolehkan storan ROM untuk digunakan sebagai RAM tambahan apabila RAM asal telah habis digunakan.

Mengenai saiz bateri, Reno6 Z 5G dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4310mAh dan Pengecasan Kilat 30W VOOC 4.0 yang boleh mengecas sehingga 100% dalam masa 49 minit sahaja, manakala Reno6 5G menawarkan kapasiti bateri 4300mAh dan 65W SuperVOOC 2.0 dan boleh mengecas sehingga 100% dalam masa 28 minit dan boleh
digunakan sepanjang hari walaupun dengan tahap bateri yang sangat rendah.

OPPO juga mengoptimumkan kedua-dua model peranti tersebut untuk memberikan pengalaman permainan video yang lebih mendalam. Ciri-ciri permainan video yang
disesuaikan seperti Quick Startup, Game Focus Mode dan Hyper Boost 4.0 memberikan sebuah pengalaman permainan video yang lebih hebat, menggabungkan dunia reality dan permainan maya.

ColorOS 11 Mesra Pengguna Menjadikan Penggunaan Siri Reno6 5G Lebih Mudah Kedua-dua Reno6 Z 5G dan Reno6 5G didatangkan dengan ColorOS 11, antara muka pengguna Android yang dihasilkan oleh OPPO. Ia memberikan kecekapan yang lebih hebat, lebih lancar dan ciri keselamatan yang lebih kukuh untuk pengalaman penggunaan yang lebih menenangkan dan mudah.

OPPO Enco Air – ‘Earphone’ Tanpa Nirwayar Pertama Dunia dengan Pensijilan High-Performance/Low dari TÜV Rheinland

Di samping pelancaran Siri OPPO Reno6 5G, OPPO turut melancarkan tambahan terbarunya dalam siri OPPO Enco – OPPO Enco Air True Wireless Earphones. Dengan rekaan separa lut sinar, audio yang berkualiti tinggi, kawalan sentuhan yang memudahkan dan ciri-ciri yang fokus pada pengguna, Enco Air terbaru ini semestinya cabaran hebat bagi produk-produk audio tanpa nirwayar terbaru.

OPPO Enco Air meneruskan rekaan melengkung siri Enco yang bergaya dan menarik. Kemasan matte pada bekasnya menjadikannya bersifat premium apabila dipegang. Pada
rekaan badannya, kami telah menghasilkan reka bentuk yang separa lut sinar yang akan
menarik perhatian anda. Sebuah rekaan yang pastinya akan menjadikan hari-hari anda
lebih ceria. Ia juga didatangkan dengan dua warna iaitu Misty White dan Misty Black.

‘Headphone’ tanpa nirwayar OPPO sememangnya digemari oleh pengguna kerana kualiti bunyinya yang hebat, jadi ia bukanlah sesuatu yang pelik apabila OPPO Enco Air bakal meneruskan tradisi ini.

Dibina dengan saluran istimewa yang meningkatkan ‘bass’ dan pemacu titanium komposit bersaiz 12mm, ‘earphone’ ini direka untuk memberikan keseimbangan ‘bass’ yang kuat dan midrange kepada nada treble yang lancar, direka untuk memberikan pengguna sebuah pengalaman bunyi yang lebih jelas, asli dan berkualiti tinggi.

OPPO Enco Air yang dilengkapi dengan ketahanan bateri yang lama dan pengecasan pantas, sememangnya sempurna untuk para pengguna yang sentiasa risau akan tahap
bateri.

Dengan bekas pengecas, pengguna boleh menggunakannya sehingga 8 jam dengan 10 minit pengecasan, dan sehingga 24 jam apabila dicas penuh, menjadikannya sebuah peranti yang terbaik untuk penggunaan seharian.

Sentiasa memberi fokus pada pengalaman pengguna, OPPO Enco Air dihasilkan dengan teknologi pembatalan bunyi AI yang intensif – sebuah ciri pintar yang mampi memberikan
pengalaman panggilan yang sangat jelas dan pasti menggembirakan pengguna.

Sertai dan Menang Peraduan OPPO

Bermula 5 Ogos 2021, OPPO akan melancarkan Komuniti OPPO di Malaysia. Objektif pelancaran komuniti ini adalah untuk membina hubungan yang lebih baik antara pengguna OPPO dengan menawarkan sebuah platform untuk berkongsi pengalaman tentang produk dan bertanyakan soalan kepada pengguna lain secara terus.

OPPO berharap komuniti ini akan menjadi sebuah destinasi di mana pengguna dengan minat yang sama dapat Bersatu bersama-sama.

Melalui inisiatif ini, pengguna OPPO akan dijemput untuk menyertai Komuniti OPPO dan menikmati pelbagai kelebihan seperti maklumat rasmi produk, menguji versi beta terbatu
ColorOS dan pelbagai lagi.

Untuk meraikan pelancaran Komuniti OPPO, jenama tersebut menganjurkan sebuah peraduan untuk para pengguna yang menyertai komuniti tersebut bermula 5 Ogos sehingga 18 Ogos 2021! Bagi menyertai peraduan ini, pengguna OPPO perlu mendaftar
dan log masuk ke dalam akaun melalui laman web Komuniti OPPO dan klik pada “Create
Thread, dan pilih Activities > Contest pada pilihan kategori. Sertakan #JoinAndWin pada
bahagian Title.

Akhir sekali, kongsikan pendapat anda tentang Komuniti OPPO dengan cara paling kreatif. Semudah itu!

Para pemenang akan dipilih secara rawak dan pengumuman pemenang akan dilakukan di Komuniti OPPO pada 20 Ogos. Pemenang akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah berjumlah sehingga RM8,000 termasuklah 3 unit Enco Air dan 3 unit Reno6 Z 5G untuk enam orang pemenang.

Harga

OPPO Reno6 Z 5G dan Reno6 5G didatangkan dengan harga RM1,699 dan RM2,399 masing-masing. Pra-tempah bermula pada 5 Ogos 2021 sehingga 13 Ogos 2021.

Pembelian pra-tempah layak untuk menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM779
termasuklah OPPO Enco Buds (bernilai RM159), servis Cloud HeyTap selama 1 Tahun
dengan Storan 1TB (bernilai RM343), Powerbank (bernilai RM99), Smart Tag (bernilai
RM79) dan Bluetooth Speaker (bernilai RM99)! Eksklusif buat ahli My OPPO App, anda
boleh menebus tawaran terhad berupa kod promo bernilai RM100 untuk pembelian Siri

OPPO Reno6 5G! Selain itu, anda juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM30
apabila anda pra-tempah Reno6 Z 5G atau Reno6 5G.

Anda kini boleh memilih untuk pra-tempah di seluruh My OPPO Space, cawangan OPPO, cawangan rasmi atas talian OPPO, rakan pengedar sah OPPO, rakan Telco, rakan e-dagang dan rakan rangkaian kedai.

Penjualan pertama Siri OPPO Reno6 5G akan bermula pada 14 Ogos dan boleh didapati
di My OPPO Space, cawangan OPPO, cawangan rasmi atas talian OPPO, rakan pengedar sah OPPO, rakan Telco, rakan e-dagang dan rakan rangkaian kedai.

Selain itu, OPPO Enco Air akan dijual bermula hari ini pada harga RM299 dan boleh didapati di semua saluran jualan.

Info lanjut tentang Siri OPPO Reno6 5G dan Enco Air, sila layari https://www.oppo.com/my/.