Diskaun sehingga 25% untuk komputer riba dan peranti boleh pakai

Bagi mereka yang mencari komputer riba dan peranti boleh pakai, ini peluang baik untuk menikmati diskaun sehingga 25% menerusi jualan 8.8 HONOR Malaysia di Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Malaysia Official Store.

Bagi setiap pembelian peranti tersebut, pembeli akan membawa pulang hadiah percuma, namun jumlahnya adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Promosi tersebut di Lazada berlangsung selama tiga hari bermula dari 6 hingga 8 Ogos 2021, manakala Shopee pada 8 Ogos sahaja. Berikut adalah senarai peranti yang ditawarkan pada harga menarik.

HONOR Band 6 – Skrin lebih besar, pengecasan pantas dan bateri tahan selama 14 hari

Mereka yang mencari gelang pintar dengan banyak fungsi pada harga mampu milik untuk memantau tahap kesihatan pada pandemik boleh membeli HONOR Band 6 pada harga selepas diskaun sebanyak RM165 dan pembeli akan mendapat payung percuma.

Berbanding generasi sebelumnya, saiz skrin HONOR Band 6 148% lebih besar iaitu 1.47 inci AMOLED dengan resolusi 368X194 membolehkan pengguna membaca maklumat dengan lebih jelas.

Gelang pintar ini dilengkapi 10 mod senaman, sensor 6-paksi serta ciri lain seperti mengawasi degupan jantung selama 24 jam, mengukur ketepuan oksigen dalam darah (SpO2) dan mengawasi kitaran haid.

Bateri gelang pintar ini mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan normal dan pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk 3 hari. HONOR Band 6 boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

“Teman Sejati” HONOR 50: HONOR Earbuds 2 Lite – Menghasilkan muzik tulen, pembatalan hingar aktif dan hayat bateri panjang HONOR Earbuds 2 Lite yang adalah ‘teman sejati’ HONOR 50 dan dilancarkan baru-baru ini ditawarkan pada harga RM269 dari RM299.

Pembeli akan mendapat baucar VIP JOOX selama 3 bulan bernilai RM56.70. Sebagai generasi baru fon telinga Stereo Tanpa Wayar Sebenar (TWS), HONOR Earbuds 2 Lite dilengkapi bateri berkapasiti besar dengan penggunaan tenaga rendah agar pengguna boleh memutar lagu selama 32 jam dan menikmati 10 jam muzik tanpa gangguan dengan hanya sekali pengecasan.

Dilengkapi teknologi pembatalan hingar aktif (ANC), HONOR Earbuds 2 Lite berupaya mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 22 desibel (dB), sekaligus memberi pengalaman mendengar muzik dan audio dengan jelas dan berkualiti.

Hadir dengan rekaan bergaya dan ergonomik, HONOR Earbuds 2 Lite turut dipasangkan teknologi dwi mikrofon bagi mengesan suara manusia. Ia mempunyai anti laluan angin bagi mengurangkan bunyi angin supaya suara lebih jelas didengar.

HONOR MagicWatch 2

Jam tangan pintar bergaya dengan lebih 100 mod senaman dan panggilan Bluetooth Sempena jualan 8.8, pembeli dapat menikmati diskaun sebanyak RM150 selain membawa pulang payung percuma untuk HONOR MagicWatch 2 42mm Agate
Black, HONOR MagicWatch 2 46mm Charcoal Black dan HONOR MagicWatch 2 46mm Flax Brown.

Jam tangan pintar ini menyediakan lebih 100 mod senaman, aktiviti berlari, mendaki, berenang, memanjat dan juga triathlon. Peranti berkenaan juga dilengkapi fungsi mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2) serta mengawasi dan mendiagnosis enam jenis masalah tidur. Ia diperbuat daripada keluli 316L dan mampu bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa.

Siri HONOR MagicBook – Perlindungan mata, daya ketahanan, kompak dan berkuasa

Diskaun sebanyak RM200 dan percuma beg galas komputer riba HONOR bersama
tetikus wayarles Bluetooth diberikan kepada pembeli HONOR MagicBook 15.

Komputer riba ini lebih cekap dengan pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5 WIFI-6 dan tidak akan menimbulkan masalah ‘lagging’ apabila membuat panggilan video dalam talian.

Sementara HONOR MagicBook X 15 yang hadir dengan pemproses Generasi ke-10 adalah pilihan terbaik untuk pelajar membuat kelas dalam talian kerana harganya bermula dari RM2,299. Pembeli HONOR MagicBook X 15 dengan pemproses i5 akan membawa pulang beg galas komputer riba HONOR dan tetikus wayarlas Bluetooth.

Manakala bagi pemproses i3, pembeli akan mendapat beg galas komputer riba HONOR.
HONOR MagicBook 15 dan HONOR MagicBook X 15 tahan lasak selain mudah dibawa ke mana-mana kerana beratnya cuma 1.56kg.

HONOR MagicBook Pro yang skrin bersaiz 16.1 inci sesuai untuk golongan elit bisnes. Pembeli dapat menikmati diskaun sebanyak RM300 selain turut membawa pulang hadiah percuma beg galas komputer riba HONOR dan tetikus wayarles Bluetooth.

Skrin siri HONOR MagicBook diiktiraf persijilan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah dan tidak berkelip. Ciri ini melindungi mata pengguna dan mengelak daripada berasa letih.

Selain itu, siri ini menggunakan kipas penyejuk berkuasa besar agar ia tidak panas apabila digunakan untuk tempoh lama. Sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai tugasan banyak setiap hari.

Untuk matlumat lanjut mengenai Jualan 8.8 HONOR Malaysia, boleh melayari Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Malaysia Official Store.