Tebus HIDANGAN PERCUMA melalui airasia food bermula 1 hingga 6 Julai

Rakyat Sabah terutamanya yang berada di Kota Kinabalu adalah di antara pelanggan pertama di Malaysia Timur yang dapat menikmati tawaran perkhidmatan penghantaran makanan oleh airasia food dan barangan runcit oleh airasia fresh menerusi airasia super app berikutan pelancarannya hari ini.

Perkembangan airasia food dan airasia fresh di Kota Kinabalu dijangka akan membantu menjana ekonomi tempatan dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,  membantu para peniaga tempatan meraih lebih pendapatan dengan kadar komisen terendah di pasaran, dan pada masa yang sama menawarkan lebih nilai kepada para pelanggan.

Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Negeri Sabah secara rasmi melancarkan airasia food dan airasia fresh di Sabah melalui satu majlis  dalam talian yang juga dihadiri oleh Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Group.

Bersempena dengan pelancaran hari ini, airasia food menawarkan HIDANGAN PERCUMA dari 1 hingga 6 Julai 2021, dan diskaun RM10 untuk 500 pelanggan pertama airasia fresh dengan kod promosi: AADELIVERSKK.

Hanya klik pada ikon ‘Food’ atau ‘Fresh’ di airasia super app atau layari airasia.com/food dan airasia.com/fresh untuk menikmati pelbagai tawaran.

Tan Sri Tony Fernandes, CEO of airasia Group

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Group berkata, “Negeri Sabah, terutamanya Kota Kinabalu sentiasa dekat di hati kami. Sabah merupakan destinasi popular airasia dan pengembangan perkhidmatan e-dagang gaya hidup ini memperkukuh komitmen kami di rantau ini.

“Kami bukan sahaja menyediakan harga yang berpatutan untuk makanan segar dan perkhidmatan penghantaran, malah pelancaran hari ini juga membuka banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah dan memberi manfaat kepada petani, pembekal dan peniaga.

“Kami berharap lebih ramai pengusaha tempatan, pemilik restoran dan pembekal barangan runcit akan menyertai airasia super app dan memanfaatkan data serta akses pasaran luas kami untuk terus berkembang pesat sebagai super app pilihan Asean.

“Selain itu, pelancaran airasia fresh di Kota Kinabalu adalah sejajar dengan projek pertanian dan logistik kami di Sabah melalui airasia farm – platform perniagaan-ke-perniagaan yang menghubungkan petani terus ke peniaga.

“Platform ini juga menyediakan ekosistem ideal dari segi rantaian bekalan dan pengagihan barangan segar di Sabah dan untuk dieksport. Saya juga berbesar hati untuk mengumumkan bawah tidak lama lagi kami akan mempunyai sebuah gudang seluas 6,000 kaki persegi oleh airasia farm di Kota Kinabalu, yang akan berfungsi sebagai Pusat Agri Digital 3-dalam-1 termasuk kemudahan rangkaian sejuk, ruang pejabat dan ruang latihan untuk petani dan PKS di Sabah untuk mengubah perniagaan mereka di era digital ini. Terima kasih Sabah atas sokongan yang berterusan,” katanya.

Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia super app berkata, “Situasi pandemik ini telah mengubah tingkah laku pelanggan, termasuklah rakyat Sabah di Kota Kinabalu. Dengan peningkatan penggunaan internet sebanyak 91.4% di sini, ini adalah masa yang paling sesuai untuk kami memperkenalkan airasia food dan airasia fresh di Kota Kinabalu sebagai platform e-dagang terbaik untuk membeli-belah dan perkhidmatan penghantaran.

“Kami juga tidak mengenakan sebarang caj penyenaraian kepada peniaga dan menawarkan kadar komisen terendah hanya 15% untuk airasia food dan 5% untuk airasia fresh. Kami mengalu-alukan rakan penghantar untuk menyertai kami sebagai pasukan penghantaran airasia di Kota Kinabalu.”

Pelanggan airasia food dan airasia fresh juga boleh menikmati nilai terbaik dengan menggunakan dan mengumpul BIG Poin untuk sebarang pembelian di airasia super app. Nikmati 10X lebih BIG Poin apabila anda membuat pembelian di airasia food pada setiap hari Khamis dan membuat pesanan di airasia fresh pada setiap hari Rabu.

airasia food dan airasia fresh terus berkembang dan pemilik restoran atau peniaga makanan minuman di Kota Kinabalu yang berminat boleh mendaftar dengan mengisi borang ini dan mereka akan dihubungi untuk maklumat lanjut.

Mereka yang berminat untuk menyertai pasukan penghantaran airasia boleh layari Teleport.asia/deliverypartner.