OREO, jenama kegemaran ramai di bawah Mondelēz International tampil mengilhamkan detik ceria dengan biskut sandwic ikoniknya.

Bermula Jun ini, OREO membawakan kembali biskut cetakan timbul edisi terhad atas permintaan hangat, seperti yang rancak dipaparkan di laman sosial tahun lepas, yang mana ramai peminat bersemangat berkongsi detik-detik kegembiraan dan idea kreatif mereka dengan biskut edisi terhad OREO.

Pada tahun ini, para peminat akan lebih teruja kerana edisi terhad  tersebut muncul dengan 23 cetakan timbul abjad dan emoji yang unik. Ia pastinya dapat mencetuskan keceriaan tatkala daya kreatif untuk ‘Say It With OREO‘ melangkaui tulisan dan ungkapan biasa.

“Dalam situasi sekarang, kita semua banyak berada di rumah, menikmati sajian dan snek bersama keluarga.

Lantaran itu, kami berhasrat untuk membawakan kecerian dan merangsang kreativiti agar anda boleh ‘Say It With OREO’ dengan biskut cetakan timbul edisi terhad ini.

Mari cipta mesej istimewa buat yang tersayang, reka akronim seperti “JOM”, “WALOA”, atau berkongsi ungkapan tempatan – cara yang mudah tapi menarik, demi merapatkan hubungan,” jelas Arpan Sur, Ketua Pemasaran (Malaysia dan Singapura) Mondelez International.

Di samping itu, khusus untuk medan e-dagang Shopee, Lazada dan Panda Mart, OREO menawarkan pek riang edisi istimewa ‘Say It With OREO’ dengan setiap pembelian 4 pek-beraneka edisi ‘Say It With OREO’.

Pek riang ini turut disertakan dengan kad mainan Bingo dan Hangman yang boleh digabungkan bersama 23 rekabentuk khas abjad dan emoji OREO.

Selaras dengan kemunculan biskut OREO edisi terhad tersebut, kempen #SayItWithOREO turut dilancarkan di seluruh negara.

Para peminat diajak menerokai daya imaginasi dan ekspresi kreatif masing-masing dengan menyertai peraduan foto di aplikasi Whatsapp.

Peraduan bermula dari 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021 bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM 100,000 menanti para pemenang, antaranya komputer riba, tablet, peralatan dapur dan banyak lagi! Layari www.SayItWithOREO.com untuk keterangan lanjut.

Biskut OREO edisi terhad ini terdapat dalam variasi berperasa Asli dan Coklat di rangkaian runcit, kedai serbaneka dan juga menerusi pembelian atas talian dalam saiz bungkusan berikut:

  • 133 gram pek individu @ RRP (Harga runcit  yang disyorkan) RM3.30
  • 256.5 gram pek beraneka @ RRP (Harga runcit yang disyorkan) RM5.89