SUUNTO memperkenalkan SUUNTO 9 Peak – jam tangan paling tahan lasak tapi nipis dengan reka bentuk ultra nipis dan elegan, kemas kini perisian wayarles, jangka hayat bateri GPS selama 170 jam, pengukuran kandungan oksigen darah, SUUNTO 9 Peak bagaikan jam tangan sukan hebat.

Peneraju dunia dalam pembuatan jam tangan sukan, komputer selam dan peralatan ketepatan, SUUNTO, telah melancarkan SUUNTO 9 Peak yang merupakan jam tangan paling nipis, kuat dan tahan lasak dalam sejarah SUUNTO.

Berdasarkan produk yang telah memenangi anugerah iaitu Sunnto 9 Baro, SUUNTO 9 Peak dicipta untuk pengembaraan dan pengalaman puncak dengan reka bentuk nipis dan anggun yang selesa di pergelangan tangan.

Diuji dalam keadaan yang paling mencabar, SUUNTO 9 Peak mempunyai kapasiti rakaman GPS sehingga 170 jam dalam mod Tour, pengukuran kandungan oksigen darah, pengisian
bateri pantas (penuh dalam masa sejam) dan ia memenuhi permintaan tinggi di kalangan peminat sukan dan pengembara.

“Apabila kami menginovasi jam tangan baharu, kami menilai pengalaman yang diidamkan oleh pengguna dan menggabungkan idaman itu dengan perkembangan teknologi kami yang terkini. Kami mendapati bahawa ramai menginginkan ciri-ciri yang terdapat di SUUNTO 9 Baro, tetapi mahukannya dalam reka bentuk yang lebih padat tanpa menjejaskan jangka hayat bateri atau ciri-ciri set itu.”

“Pereka dan jurutera kami bekerjasama untuk mencipta SUUNTO 9 Peak sebagai jawapan kepada idaman tersebut,” kata Presiden SUUNTO, Heikki Norta.

“Sudah 85 tahun kami menginovasikan produk untuk pengembaraan, kami amat bangga dengan reka bentuk minimalis Nordic yang baharu ini.”

SUUNTO 9 Peak dilengkapi dengan semua ciri utama yang dimiliki oleh keluarga SUUNTO 9 iaitu: 80 lebih mod sukan seperti berlari, mendaki, berbasikal lasak, ski dan berenang, skrin yang memaparkan data latihan mengikut penyesuaian pengguna, sistem pengurusan bateri pintar, pemantauan denyutan jantung di pergelangan tangan yang tepat, tinjauan cuaca yang terperinci, serta keupayaan navigasi yang luas.

“SUUNTO 9 Peak dengan penampilannya premium dan luhur, namun tahan lasak. Tali jamnya yang innovatif selesa di lengan, kes kembali yang anggun dan tidak menonjol, bezel yang ringkas, amat sofistikated.

“Sudah 14 tahun saya di SUUNTO dan puas saya menyaksikan hasil karya yang kreatif lagi inovatif, namun SUUNTO 9 Peak kini dianggap hasil puncak daripada SUUNTO. SUUNTO 9 Peak kini telah menjadi sebahagian daripada diri saya,” Ketua di SUUNTO Asia, Sharmin Photographer.

Penambahbaikan baharu untuk SUUNTO 9 Peak merangkumi:

  • Reka bentuk minimalis Nordic, 37% lebih nipis dan 36% lebih ringan berbanding dengan SUUNTO 9 Baro
  • Pengukur kandungan oksigen darah bagi membantu menentukan tahap aklimasi semasa di altitud tinggi
  • Lampu latar yang berubah secara automatik mengikut keadaan cahaya sekitar
  • Pengecasan lebih pantas: mencapai 100% dalam masa 1 jam
  • Tali jam dengan kancing logam baharu
  • Paparan baharu untuk metrik latihan mingguan agar merangsang rutin baru

Aplikasi SUUNTO yang berintegrasi dengan SUUNTO 9 Peak membolehkan pengguna merancang perjalanan dengan berkesan menerusi peta panas yang dilengkapi dengan poin permulaan popular.

Perancangan ini boleh dipindahkan ke jam tangan untuk navigasi secara luar talian. Aplikasi mudah alih itu memudahkan pengguna menjelajahi lokasi baharu, menanda tempat menarik dan meninjau pengembaraan terdahulu dengan peta panas peribadi.

Selain itu, teknologi Bluetooth 5 yang baru telah menggandakan kelajuan segerak antara SUUNTO 9 Peak dan aplikasi SUUNTO.

SUUNTO 9 Peak terdapat dalam dua model dengan empat warna yang diilhamkan dari alam semulajadi: Titanium Granit Biru, Titanium Birch Putih diperbuat daripada kaca safir dan titanium gred 5 (RM3,199) serta Hitam dan Kelabu Lumut yang dihasilkan daripada kaca safir dan keluli tahan karat (RM2,799).

SUUNTO 9 Peak yang terbaharu akan dijual melalui dalam talian Lazada , Shopee, SolarTime.com serta semua kedai jualan a.d time mulai Jun 17.