airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga 1 sen sahaja untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad.
Para pelanggan boleh menebus hidangan 1 sen mereka dengan menggunakan kod promosi 1SENKL bagi yang berada di kawasan Lembah Klang, dan 1SENPG untuk pelanggan yang berada di Pulau Pinang pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.
Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam lingkungan jarak 15km dari restoran terlibat. Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.
Penebusan pertama untuk promosi hidangan 1 sen ini adalah dari Pisco dengan hidangan istimewanya iaitu Croquetas di Lembah Klang, dan Nasi Ayam dari Loo Kee Chicken Rice untuk penebusan di Pulau Pinang pada 10 Jun.
Banyak lagi restoran menarik dan tawaran hidangan istimewa tersedia sepanjang promosi ini. Untuk menebus, pelanggan boleh klik pada ikon ‘Food’ di airasia super app atau layari airasia.com/food.
Lim Ben-Jie, Ketua e-dagang airasia super app berkata, “Promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia kami yang terus menyokong airasia food dan kami berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food.
“Kami yakin bahawa promosi masa terhad ini akan menarik perhatian ramai, jadi kami menggalakkan para pelanggan untuk memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan untuk memesan hidangan 1 sen ini di lokasi pilihan anda.
“Dari sebuah syarikat penerbangan, kami telah berkembang menjadi sebuah aplikasi gaya hidup yang menawarkan sesuatu untuk semua orang. Kami ingin membawa kempen Tempat Duduk Percuma AirAsia yang terkenal dalam cabang perniagaan bukan penerbangan terutamanya di platform e-dagang kami.
“Ini juga adalah satu peluang untuk kami menghargai komuniti yang terus menyokong kami sejak pelancaran airasia food pada bulan Mei 2020. Kami juga berbesar hati kerana airasia food dapat membantu pengusaha restoran dan peniaga yang berdaftar dengan kami, di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk para pelanggan kami.”
Selain dari promosi terhad hidangan 1 sen, pelanggan airasia food boleh menikmati lebih nilai dengan membuat penebusan menggunakan BIG Poin mereka di airasia super app. Mereka juga boleh mengumpul 10 kali ganda lebih banyak BIG Poin untuk pembelian airasia food pada hari Khamis.
Airasia food akan terus mengembangkan perkhidmatannya dan para pengusaha restoran dan peniaga makanan serta minuman di seluruh negara boleh mendaftar minat mereka dengan mengisi borang ini, dan mereka akan dihubungi dalam masa 48 jam untuk urusan lanjut.
*hidangan istimewa dari peniaga / restoran terpilih