Samsung percaya bahawa setiap pengguna mempunyai hak untuk mendapat kemudahan akses internet.

Bagi membantu pengguna agar dapat terus kekal berhubung dan mendapatkan informasi
dalam talian dengan lebih pantas dalam situasi yang mencabar ketika ini terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketiga (PKP 3.0) yang dilaksanakan sehingga 14 Jun, program Jaringan Prihatin menawarkan bantuan kepada keluarga B40 yang juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) untuk melanggan perkhidmatan telekomunikasi dan mendapatkan peranti mudah alih dengan harga yang sangat mampu milik.

Memahami keperluan pengguna dari keluarga B40, Samsung Malaysia bekerjasama dengan Digi untuk menawarkan telefon pintar Galaxy A02 dan A02s melalui langganan pelan prabayar Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle hanya dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100.

Dengan jumlah bayaran pendahuluan tersebut, anda boleh mendapatkan Galaxy A02 secara percuma atau hanya perlu menambah bayaran sebanyak RM95 untuk mendapatkan Galaxy A02s.

Melalui langganan pelan prabayar tersebut dengan bayaran bulanan sebanyak RM35 tanpa terikat dengan kontrak, anda boleh menikmati data internet sebanyak 30GB sebulan dan panggilan percuma tanpa had termasuk data percuma 2GB untuk satu jam setiap hari selama 12 bulan.

Telefon pintar 4G Galaxy A02 dan A02s kedua-duanya mempunyai skrin sentuh HD bersaiz 6.5-inci dan bateri 5,000mAH yang tahan lama, pasti sesuai untuk anda melakukan tugasan atau untuk anak anda menjalankan pembelajaran dalam talian sepanjang masa.

Kedua-dua Galaxy A02 dan A02s juga mempunyai kamera yang hebat untuk merakam gambar yang terang dan jelas, sesuai untuk anda melakukan perniagaan dalam talian bagi menambah pendapatan sampingan.

Jika anda inginkan kamera yang lebih canggih, anda boleh dapatkan Galaxy A02s yang dilengkapi tiga kamera belakang 13MP dan mampu mengambil gambar kesan bokeh dengan kamera sensor kedalaman 2MP.

Galaxy A02s juga mempunyai mempunyai storan yang lebih besar 64GB dan RAM4GB selain dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon untuk prestasi yang lebih lancar. Anda boleh memilih sama ada ingin mendapatkan Galaxy A02 atau A02s mengikut spesifikasi yang anda perlukan seperti berikut;

Bagi rakyat Malaysia yang layak dan sangat perlu untuk mendapatkan telefon pintar baharu namun mempunyai kekangan kewangan, jom rebut tawaran ini yang berlangsung sehingga 31 Julai 2021 untuk anda mendapatkan telefon pintar dengan harga yang sangat mampu milik dan pasti dapat membantu untuk kegunaan harian anda.

Untuk mendapatkan Samsung Galaxy A02 atau A02s dan maklumat lanjut mengenai pelan Digi Prihatin 35 Prepaid Bundle, layari https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm.