Susulan sekatan pergerakan penuh yang sedang berkuatkuasa di seluruh negara, Go Shop, selaku platform membeli-belah dan e-dagang utama di Malaysia sentiasa memastikan rakyat di negara ini dapat berbelanja dengan selamat di rumah dengan diskaun khas untuk pelbagai pilihan produk yang ada.

Para pelanggan boleh terus membeli barang keperluan di laman web dan aplikasi mudah alih Go Shop dari keselesaan rumah mereka sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim berkata, “Dalam era norma baharu ini, membeli-belah dalam talian di rumah kini sudah menjadi keperluan dan pelanggan sentiasa mencari tawaran pilihan produk dengan nilai tambah yang berbaloi.

Go Shop menawarkan barangan berkualiti dan boleh dipercayai daripada makanan kesihatan dan bahan makanan hingga peralatan memasak, perkakas rumah, peralatan kecergasan dan barangan elektronik digital.

“Kami akan terus berkhidmat kepada para pelanggan dengan menawarkan pengalaman membeli-belah tanpa sentuhan dalam usaha membantu melandaikan lekuk pandemik.”

“Menerusi kempen Jualan Pertengahan Tahun yang kami tawarkan, para pelanggan dapat menikmati potongan harga dan penghantaran percuma sekaligus memberi nilai tambah untuk setiap pembelian mereka,” katanya.

Kempen Jualan Pertengahan Tahun Go Shop menawarkan potongan hingga 60%, produk di bawah RM30 dan tawaran pelepasan akhir dari 3 Jun – 30 Jun 2021. Pelanggan juga boleh menggunakan kod “MID25” untuk menikmati potongan hingga RM40* untuk rangkaian produk yang ditampilkan di program televisyen Go Shop.

Selain itu, para pelanggan juga berpeluang menikmati pelbagai program istimewa baharu Go Shop bulan ini – Brand Fiesta, Food Fiesta, Happy Village dan Happy Family.

Pelanggan yang ingin meningkatkan skill dan kemampuan memasak boleh menonton Brand Fiesta pada setiap hari Khamis 11 pagi di Astro CH118, menampilkan Master Chef Sabri Hassan yang akan menunjukkan dan berkongsi cara memasak pelbagai menu makanan yang lazat menggunakan peralatan memasak terbaik keluaran La Gourmet dan Shogun.

Manakala program Food Fiesta pula akan memperkenalkan makanan kesihatan dan suplemen tambahan yang dapat meningkatkan sistem ketahanan badan serta meningkatkan tenaga. Program ini disiarkan pada setiap hari Sabtu jam 12 tengah hari di Astro CH303 dan setiap hari Ahad jam 9 pagi di CH120.

Manakala dua lagi program istimewa Happy Family dan Happy Village pula menampilkan pelbagai produk Go Shop merangkumi kategori seperti perkakas rumah, peralatan memasak, makanan, kecergasan serta barangan keperluan untuk living leisure.

Saksikan Happy Family pada setiap hari Rabu dan Ahad jam 12 tengah hari di Astro CH303, dan Happy Village setiap hari Selasa dan Sabtu jam 11 pagi di Astro CH118.

Oleh kerana seluruh negara kini sedang menjalani sekatan pergerakan penuh fasa pertama, Go Shop juga turut menawarkan penghantaran percuma ke Sabah dan Sarawak hingga 10 Jun.

Saksikan rangkaian saluran Go Shop setiap hari di Astro – Go Shop RUUMA (CH118), Go Shop GAAYA (CH120), CH111 dalam Bahasa Malaysia atau CH303 dalam Bahasa Mandarin.

Program televisyen Go Shop juga boleh distrim menerusi laman web dan aplikasi mudah alih. Berbelanja di Go Shop melalui www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

*Para pelanggan dapat menikmati potongan RM25 dengan perbelanjaan minimum RM280 dan tambahan potongan RM15 untuk pembelian seterusnya.