Lebih 80 pengamal perubatan menghadiri Persidangan Kebangsaan mengenai Ketagihan Perubatan ke-11 (11thNatCAM) yang dianjurkan oleh Persatuan Perubatan Penagihan Dadah Malaysia (AMAM) dan Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) pada 23 Mei 2021.

Presiden, Persatuan Perubatan Penagihan Dadah Malaysia (AMAM), Dr. Steven KW Chow berkata, 11thNatCAM membincangkan pelbagai isu berkaitan ketagihan dadah dan cara rawatan yang bersesuai seiring era pandemik ini. 

Beliau berkata, pakar dan juga pengamal perubatan yang bertugas menangani isu ketagihan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai penyalahpengunaan bahan terlarang di kalangan remaja dan juga belia yang dilihat diabaikan ketika pandemik ini.

Selain itu, NatCAM juga membincangkan mengenai kesan e-rokok dan vape terhadap kesihatan pengguna.

Dr Steven Chow, President of AMAM and FPMPAM

Beliau yang juga Presiden, Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) berkata, AMAM dan FPMPAM akan sentiasa berkerjasama untuk meyokong sebarang usaha dan program yang mampu membantu mereka yang mahu berhenti merokok.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 21.3 peratus daripada rakyat Malaysia adalah perokok iaitu bersamaan dengan 4.9 juta orang. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa negara mencatatkan 27,200 kematian yang berkait tabiat merokok.

“Kami maklum bahawa 50 peratus daripada perokok ketika ini di Malaysia mahu berhenti merokok dan ia menjadi tugas kita sebagai doktor untuk membantu mereka merealisasikan impian itu,” katanya.

Oleh yang demikian, konsep pengurangan bahaya adalah langkah pertama yang penting untuk menyelesaikan masalah ini. 

“Pendekatan konsep pengurangan bahaya terhadap tambakau menggalakkan perokok yang gagal atau tidak mahu berhenti merokok untuk menukar cara pengambilan nikotin yang kurang berbahaya. Secara tidak langsung usaha ini akan mendorong mereka untuk berhenti pengambilan nikotin selamanya.

“Perokok merokok kerana mereka ketagih kepada nikotin tetapi toksik yang terdapat di dalam asap tembakau lebih memberi kesan kepada kesihatan manusia berbanding bahan tersebut. Nikotin boleh didapati di dalam pelbagai jenis produk yang berbeza dari segi kesan bahaya dan ketagihan dengan rokok berada pada tahap paling bahaya sehinggalah kepada produk-produk penggantian nikotin,” katanya lagi.

Terdapat pelbagai produk untuk terapi penggantian nikotin namun yang paling digunakan dan dibahaskan di Malaysia adalah penggunaan produk vape termasuk produk tembakau tanpa asap seperti snus.

Dalam satu kemas kini Kajian Cochrane mengenai penggunaan Rokok Elektronik untuk Berhenti Merokok yang melibatkan 50 kajian dari the USA, UK, Itali, Australia, New Zealand, Greece, Belgium, Kanada, Poland, Korea Selatan, Africa Selatan, Switzerland dan Turki mendapati bahawa perokok berhenti merokok dengan hanya enam bulan selepas bertukar kepada cecair vape bernikotin berbanding terapi penggantian nikotin, produk vape tanpa nikotin atau pun terapi sokongan tingkah laku. 

Persidangan ini mencapai sepakat untuk menyeru penglibatan masyarakat umum dan juga professional untuk mengkaji isu pengurangan bahaya tembakau. Dengan satu kajian jangka panjang, pengurangan bahaya tembakau mampu menjadi pendekatan yang pragmatik untuk mengurangkan bahaya penyakit akibat tabiat merokok.