Sempena Ramadhan tahun ini Halal Development Corporation (HDC), menghulurkan sumbangan kepada Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras Kuala Lumpur yang menempatkan seramai 30 anak-anak yatim dan miskin.

Majlis serahan bantuan CSR Ramadhan anggaran berjumlah RM20,000 disempurnakan oleh Ketua Pengawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari diiringi oleh pegurusan kanan HDC. Manakala Rumah Bakti Nur Shaheera diwakili oleh  Pengerusinya, Johari Basri.

Bantuan yang disalurkan oleh HDC merupakan cek bernilai RM5,000, mesin jahit, barangan peralatan elektrik, barangan kebersihan diri dan peralatan sekolah/pembelajaran.

“Saya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan yang mulia ini untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan anak asnaf dan anak yatim yang memerlukan bantuan ini.

“Program amal Ramadhan diadakan setiap tahun oleh HDC dan masih dengan konsep Pengurusan Polariti Golongan B40 di bawah Dasar Kemakmuran Bersama 2030, di mana setiap golongan tidak diketepikan di dalam pengagihan ekonomi yang adil,” katanya dalam kenyataan.

Terdapat peluang yang amat besar dalam industri halal global dengan peluang pasaran dunia bernilai AS$30.6 trilion. Oleh itu saya menyeru agar anak-anak  muda didedahkan dengan kesedaran industri halal sejak awal lagi.

Sehubungan dengan itu, selain dari sumbangan wang ringgit, HDC turun akan menawarkan sesi kesedaran halal kepada anak-anak ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada mereka mengenai konsep halal sebagai gaya hidup serta peluang pekerjaan  di dalam industri yang  dapat menjana ekonomi bila mereka dewasa kelak,” katanya.