Siri Galaxy A telah direka untuk membawa inovasi generasi hadapan Samsung kepada lebih ramai pengguna – dan Galaxy A52 5G juga tidak terkecuali.

Oleh itu, Samsung membawakan kepada anda Galaxy A52 5G yang kini boleh didapati di Malaysia bermula hari ini, 30 April 2021.

Bagi mereka yang sangat sukakan kreativiti dan ingin mencipta sesuatu, terus kembangkan bakat anda – letakkan jiwa dalam berkomunikasi dan ekspresikan diri anda dengan kamera hebat, asyikkan diri dalam pengalaman tontonan yang jelas dengan paparan yang menatal lancar dan nikmati ketenangan bersama ciri asas Galaxy yang inovatif selain cirinya yang kalis air dan mempunyai bateri yang tahan lama.

Dengan kelebihan sambungan 5G padanya, anda boleh menikmati kelebihan kepantasan Galaxy A52 5G, kuasa dan prestasinya untuk pengalaman telefon pintar yang lebih hebat sama ada anda berkomunikasi, berkongsi atau menghasilkan kandungan unik untuk memberi inspirasi kepada komuniti di sekitar anda.

Tambahan pula ia mempunyai paparan Infinity-O FHD+ Super AMOLED digabungkan dengan kadar segar semula 120Hz, reka bentuk elegan, dan memberikan sambungan yang lancar kepada pelbagai peranti atau ciri-ciri sambungan dalam ekosistem Galaxy seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, Galaxy Tab dan SmartThings Find – untuk membolehkan anda memperluas pengalaman mudah alih dan lebih kekal terhubung bersama Galaxy A52 5G.

Galaxy A52 5G kini boleh didapati di Samsung Experience Stores, pengedar-pengedar yang sah atau Samsung Malaysia e-store dalam empat variasi warna iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, and Awesome White dengan harga runcit yang disyorkan iaitu RM1,899.