Ramai yang menjadikan majlis iftar bukan cuma untuk berbuka puasa dan makan-makan, sebaliknya sebagai peluang untuk merapatkan hubungan sesama ahli keluarga atau rakan-rakan dalam suasana santai.

Sebab itu memilih premis serta citarasa perlu sesuai agar ahli keluarga atau rakan-rakan dapat menikmati bersama.

Jika ingin mencari kelainan menu untuk berbuka puasa boleh mencuba masakan citarasa dari Jepun ini iaitu di Konichiwa Cafe yang terletak di Seksyen 6, Bandar Baru Bangi yang menyajikan sajian muslim Jepun.

Berkonsepkan mesra keluarga, Konichiwa Cafe yang telah beroperasi sejak lima tahun lalu cukup sohor dalam kalangan penggemar hidangan negara matahari terbit itu kerana disediakan oleh chef Muslim yang berpengalaman luas dalam sajian Jepun di beberapa hotel antarabangsa.

Pengurusnya, Zilah Othman berkata, Konichiwa Cafe menawarkan promosi iftar Ramadan bermula 15 April hingga 11 Mei dengan menyajikan 20 jenis masakan yang menunya akan bertukar setiap hari.

Katanya, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis sushi, udon, Osaka spicy ramen selain ayam kari katsu, ayam teriyaki, daging sukiyaki, okonomiyaki dan ayam teppanyaki.

“Keistimewaan sajian ini ialah ia menggunakan bahan-bahan yang diimport dari Jepun bagi mengekalkan keaslian rasanya, malah bahan-bahan ini mempunyai pensijilan halal.

“Kita juga menyediakan masakan barat seperti blackpepper grill chicken chop, fish n chips, stew lembu, pasta pomodoro, aglio olio dan carbonara,” katanya.

Tidak ketinggalah ialah sajian tempatan iaitu ayam masak lemak kalio, ayam kuzi dan asam pedas ayam di samping signatur istimewa kambing bakar setiap hari manakala menu baharu yang diperkenalkan tahun ini ialah kari kepala ikan salmon.

Kata Zilah lagi, demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakkan fizikal maka pelanggan setiap meja akan ke kaunter buffet untuk memilih hidangan secara bergilir.

“Pelanggan yang membuat tempah awal sehingga 20 April ini akan diberi harga istimewa iaitu hanya RM39.90 bagi dewasa dan RM19.90 untuk kanak-kanak di bawah usia 10 tahun.

“Harga tempahan biasa ialah RM44.90 (dewasa) dan RM22.90 (kanak-kanak) manakala RM48.90 pada pelanggan yang datang terus,” katanya sambil menambah ruang solat turut disediakan kepada pelanggan.

Untuk tempahan, pelanggan boleh menghubungi talian dibawah ini:

012-2002 090, 012-2277 036 atau 012-4892 090