Pelakon popular filem Polis EVO 2, Zizan Razak atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, semalam menerima motosikal baharunya Yamaha Y16ZR 2021 berwarna Arrow Blue.

Motosikal miliknya yang mempunyai nombor casis 08 itu adalah salah satu daripada 10 unit model edisi istimewa diserahkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM), pengeluar dan pemasang motosikal Yamaha di negara ini.

Majlis penyerahan berlangsung di ibu pejabat HLYM di Sungai Buloh dan disaksikan oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Datuk Jim Khor. 

Motosikal Yamaha itu boleh dianggap hadiah harijadi kepada Zizan Razak yang bakal menyambut hari kelahirannya pada 15 April 2021 iaitu pada hari ketiga umat Islam berpuasa.

Turut hadir Hoo Wan Tim selaku Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan serta Pengarah Hong Leong Yamaha Motor, Shinsuke Yamaura.

Apa yang menarik dengan motosikal milik Zizan Razak ini ialah disertakan dengan sijil penghargaan khas manakala visor motosikal itu pula tertera nama Zizan Razak yang diukir khas.

Jom saksikan gambar-gambar menarik sempena majlis khas penyerahan motosikal keluaran terbaharu Yamaha Y16ZR kepada Zizan Razak.