Aplikasi Muslim global menghubungkan pengguna secara maya Ramadan ini; menyumbang untuk pendidikan kanak-kanak

Muslim Pro memperkasakan umat Islam pada bulan Ramadan ini dengan ciri aplikasi baru untuk mendorong umat Islam membaca keseluruhan Al-Quran dalam 30 hari.

Aplikasi ini telah melancarkan dua ciri baru – penjejak zikir dan kemampuan teks-ke-ucapan dalam Al-Quran – pada awal bulan Mac, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pengembang aplikasi untuk menjadi lebih baik dan lebih berinovasi.

Fitur Khatam yang terbaru membolehkan pengguna untuk menjejak bacaan individual dan juga dalam kumpulan, menyatukan umat Islam melalui Al-Quran di musim pandemik COVID-19 ini.

Fitur Khatam Muslim Pro juga menjadikan niat yang baik ini bertukar menjadi amalan baik, kerana Muslim Pro telah berikrar untuk menyumbang kepada pendidikan kanak-kanak, justeru pengguna boleh turut sama menyumbang apabila mereka berjaya menyelesaikan bacaan Al-Quran Ramadan ini.

Muslim Pro berhasrat untuk mencapai 10,000 Bacaan Penuh Al-Quran melalui kempen #UnitedinKhatam

Ketua Muslim Pro Malaysia, Nik Emir Din berkata, pengguna Muslim Pro akan dapat menggunakan fitur baru Ramadan ini iaitu, Fitur Khatam, yang mana ianya akan membolehkan individu mahupun secara kumpulan untuk menyelesaikan bacaan Al-Quran melalui aplikasi tersebut.

Ramadan adalah bulan kesembilan di dalam kalendar Islam, bulan suci yang dinantikan oleh umat Islam setiap tahun.

“Sebagaimana Ramadan adalah bulan untuk berpuasa, ia juga merupakan bulan dimana Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Membaca Al-Quran di bulan Ramadhan adalah amalan yang akan memberikan manfaat rohani bagi orang yang membacanya dan menyelesaikannya pada bulan ini.

“Untuk membantu umat Islam menyempurnakan amalan ini, fitur terbaru Muslim Pro akan memberikan fleksibilit kepada penggunanya dalam memilih untuk menyempurnakan bacaan Quran mereka Ramadan ini: samada secara individu ataupun berkumpulan, dan samada untuk membacanya melalui aplikasi Muslim Pro atau pun menggunakan Al-Quran fizikal.

“Kita akan menjalani Ramadan tahun ini pada musim pandemik yang mana rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan untuk merentas negeri oleh kerana sekatan pergerakan yang masih berkuat kuasa sehingga kini, oleh itu,kami berharap, fitur Khatam yang terbaru ini dapat menyatukan dan memberikan kemudahan kepada para pengguna untuk membaca Al-Quran bersama-sama keluarga dan rakan-rakan walapun jarak membatasi mereka,” katanya.

Membaca Al-Quran di rumah juga tidak perlu lagi menjadi acara perseorangan sahaja kerana melalui aplikasi ini, pengguna juga dapat membina komuniti untuk membaca bersama setiap hari.

Ciri baru itu membolehkan mereka membuat kumpulan khatam dan sebagai satu kumpulan, mereka dapat memberikan bahagian-bahagian al-Quran kepada anggota untuk dibaca, dan juga mendorong anggota untuk menyelesaikan bacaan yang diberikan.

Lencana Khatam akan diberikan kepada pengguna yang menyelesaikan pembacaannya, mereka boleh kongsi pencapaian mereka di media sosial untuk mendorong orang lain untuk khatam Quran.

Muslim Pro mensasarkan untuk mencapai 10,000 khatam sepanjang bulan Ramadan ini.

Muslim Pro mencipta khatam quran dengan tujuan: menjadikan niat yang baik kepada amalan yang baik. Fitur khatam ini akan membolehkan pengguna untuk turut serta bersedekah apabila mereka khatam dengan menggunakan aplikasi Muslim Pro. Ramadan ini, Muslim Pro telah berikar untuk menaja pendidikan kanak-kanak di pelbagai negara agar program khatam quran inidapat memberi impak yang positif dan berpanjangan kepada komuniti.

Nik berkata, usaha ini akan membolehkan Muslim Pro dan para pengguna untuk menyumbang dari segi pendidikan kepada masyarakat-ianya adalah untuk pendidikan biasa atau ke kelas membaca Al-Quran dan badan amal yang bakal menerima sumbangan akan diumumkan akhir bulan ini.

Muat turun aplikasi Muslim Pro di https://go.muslimpro.com/prkhatam. Muslim Pro mempunyai lebih daripada 100juta muat turun daripada lebih 200 negara dan penggunanya merangkumi seluruh peringkat umur.