Program siswazah baru memberi peluang kepada bakat muda Malaysia untuk bina pengalaman yang kukuh dalam persekitaran yang pantas, kreatif dan berinovasi

Maxis telah melancarkan dua program sizwazah baru untuk memberi peluang kepada bakat
muda Malaysia mulakan kerjaya dalam bidang yang mereka minati, dan mencapai cita-cita
untuk menjadi penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di barisan hadapan teknologi.

Program Sizwazah Maxis yang akan dijalankan selama setahun, akan membolehkan graduan membina pengalaman kukuh dalam persekitaran pantas, kreativiti dan berinovasi untuk membantu mereka maju dalam perjalanan kerjaya mereka.

Natalia Navin, Chief Human Resource Officer, Maxis

“Di Maxis, warga kerja kami sentiasa menjadi aset paling kritikal untuk mencapai cita-cita kami, dan kami komited untuk membina generasi pemimpin yang berpandangan jauh untuk Malaysia.

Program Siswazah Maxis baru kami adalah platform yang sangat baik untuk menyediakan
pentas pembelajaran dipercepat bagi graduan baru yang mahukan pengkhususan yang akan membolehkan mereka menjadi pakar atau pemimpin subjek dalam bidang yang mereka minati.

“Kami benar-benar mahu graduan kami menerapkan pemikiran yang inovatif dan Terus
Menerajui dalam dunia yang semakin berubah,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber
Manusia, Maxis.

Program Siswazah Maxis 2021

Program Siswazah Maxis terbuka untuk orang ramai. Calon yang terpilih kemudian akan
mendapat manfaat daripada dua program yang khas – Program Siswazah Sumber Manusia
dan Program Siswazah Perusahaan – yang bukan sahaja membolehkan mereka mencapai
hasrat dan aspirasi mereka, tetapi juga memulakan permulaan yang baik untuk kerjaya yang berpotensi dan berjaya dalam empat langkah:
• Langkah 1 – Memilih program pilihan mereka
• Langkah 2 – Penyerapan dan latihan
• Langkah 3 – Putaran pekerjaan
• Langkah 4 – Pendalaman kerja

Untuk memohon Program Siswazah Maxis, calon yang berminat boleh melayari
http://bit.ly/Maxis-Graduate-Programme-2021. Permohonan dibuka sehingga 31 Mac 2021.