Volvo Car Malaysia melanjutkan jaminan pengeluaran kilang dari tiga tahun/100,000km perbatuan kepada lima tahun/perbatuan tanpa had

Memasuki tahun 2021, Volvo Car Malaysia memperbaharui komitmen kepada perkhidmatan selepas jualannya dengan menambah baik program jaminan kenderaan keluarannya.

Kini, pemilik kenderaan persendirian Volvo yang berdaftar bermula dari 1 Januari 2021 dan selanjutnya akan mendapat perlindungan jaminan pengeluaran selama lima tahun atau perbatuan tanpa had.

Pada tahun-tahun sebelum ini, pemilik kenderaan Volvo hanya layak untuk mendapat perlindungan standard jaminan pengeluaran sehingga tiga tahun, atau 100,000km, dengan
tambahan dua tahun atau 20,000km menerusi program lanjutan jaminan (EWP) yang
disediakan oleh rakan syarikat insurans luar.

Kini, dengan pengenalan jaminan pengeluaran kilang, pelanggan boleh menikmati tahap
perlindungan yang sama tanpa sebarang kos tambahan dan ditanggung sepenuhnya dibawah jaminan lima tahun atau perbatuan tanpa had.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Nalin Jain berkata, tawaran baharu itu adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mengeluarkan produk dan perkhidamatan yang
berkualiti, khususnya dalam hubungan dengan pelanggan dan kenderaan kami.

“Di Volvo Car Malaysia, setiap keputusan yang kami buat adalah direka untuk memenuhi kehendak pelanggan dan juga mengukuhkan kepercayaan mereka terhadap Volvo.

“Kami mahu pelanggan kami merasai sokongan sepanjang pemilikan kenderaan mereka dan kami percaya dengan lanjutan jaminan pengeluaran ini, ia adalah arah tuju yang tepat sebagai jenama premium kenderaan yang berlandaskan keselamatan,” katanya.

Nalin Jain

Penyemakan semula tempoh jaminan ini akan memberikan pelanggan ketenangan untuk
tempoh lima tahun dari tarikh kenderaan mereka diserahkan. Semua pemilik kenderaan baharu boleh menjangkakan bahawa mereka akan menerima pengalaman perkhidmatan premium oleh juruteknik Volvo yang terlatih.

Pada Disember 2020, Volvo Cars Malaysia turut mengumumkan bahawa semua pelanggannya yang membeli kenderaan Volvo Plug-in Hybrid (PHEV) layak mendapat lanjutan tempoh jaminan bateri voltan tinggi (HV) sehingga lapan tahun atau 160,000km (yang mana terdahulu).

Melalui inisiatif ini, Volvo Car Malaysia bukan sahaja melanjutkan sokongan untuk masa depan yang mampan, malah bagi memastikan pelanggan kekal yakin kepada kualiti Volvo.

“Matlamat akhir inisiatif kami ini adalah untuk membolehkan pelanggan kami berasa selesa dan bebas daripada kebimbangan apabila memandu kereta Volvo. Kami menggalakkan mereka untuk menikmati pengalaman yang berinovasi dan berteknologi tinggi, selari dengan kemampuan setiap kereta kami.

“Dengan demikian, kami dapat menyediakan pelanggan kami kebebasan untuk memandu dengan cara yang peribadi, lestari dan selamat,” kata Nalin.

*Jaminan baharu pengeluaran disediakan kepada pemilik kenderaan persendirian sahaja. Kenderaan yang didaftarkan atau digunakan untuk tujuan komersial tidak layak untuk jaminan baharu ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai lanjutan jaminan pengeluaran, pelanggan boleh menghubungi mana-mana wakil pengedar sah Volvo atau ikuti Volvo Car Malaysia di laman Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG untuk sebarang kemaskini.