Kerjasama bertumpu kepada pembuatan personalisasi hiper untuk pengalaman
runcit yang lebih baik.

Memanfaatkan kekuatan teknologi dan inovasi, Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan
Maxis telah membentuk kerjasama strategik untuk menawarkan penyelesaian bersepadu dalam keselamatan, sekuriti dan kelestarian untuk perniagaan.

Perkongsian ini juga akan memanfaatkan data besar dan analitik canggih melalui personalisasi hiper bagi pengalaman runcit yang lebih baik.

“Kerjasama dengan Maxis adalah langkah ke hadapan bagi PDB dalam mencipta pengalaman runcit yang unik di stesen Petronas, yang merupakan sebahagian dari strategi transformasi kami.

Dengan memanfaatkan teknologi dan inovasi, kami bercita-cita untuk menerajui industri
dan tetap relevan dalam memenuhi keperluan dan gaya hidup pelanggan yang berubah,” kata Azrul Osman Rani, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad.

“Dalam era Industri 4.0 ini, kami teruja dapat memanfaatkan potensi besar teknologi sambil membangun ekosistem digital yang kuat dan bernilai untuk para pelanggan.

Perjalanan yang telah dilalui Maxis dan PDB bermula dari visi bersama dalam lanskap digital yang berkembang pesat.

Pengalaman kami dalam Analisis Data Besar, dan teknologi canggih membolehkan kami
menawarkan penyelesaian bersepadu yang lebih baik untuk pelanggan kami. Kami komited
untuk menjadi rakan kongsi teknologi No.1 dan membawakan teknologi terbaik untuk
membolehkan perniagaan sentiasa maju dalam dunia yang berubah,” kata Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

PDB terus berusaha untuk membuat penyelesaian inovatif bagi pelanggannya, contohnya Setel, aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang mengintegrasikan platform e-pembayaran dengan pam minyak, ganjaran setia pelannggan dan Kedai Mesra, yang merevolusikan pengalaman pelanggan di pam.

Kerjasama ini bertujuan untuk bersama-sama menawarkan pengalaman runcit yang berbeza dan ditingkatkan di stesen runcit PDB, serta personalisasi hiper melalui data besar dan analitik maju dengan Maxis sebagai pemboleh teknologi.

PDB dan Maxis juga akan memasarkan penyelesaian perniagaan bersepadu menyeluruh, yang akan menawarkan kemudahan dan pengoptimuman kos yang lebih tinggi, sambil memastikan keselamatan dan sekuriti asset dan pemandu.

Dengan berbuat demikian, pelanggan PDB dan Maxis Business dapat memanfaatkan rangkaian penyelesaian yang lebih luas yang merangkumi pengurusan aset hingga perkhidmatan logistik.