Mahkamah Syariah Sepang adalah salah satu Mahkamah Syariah Selangor yang dilihat telah memartabatkan undang-undang syariah yg termaktub dalam undang-undang Islam yang digazetkan di negeri Selangor.

Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga Penasihat NGO-NGO Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, Mahkamah Syariah Selangor dilihat sebuah agensi agama yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menegakkan keadilan syariah dan menjadi contoh pengurusan yang baik kepada agensi yang lain.

Yang Arif Muhamad Nazri Basrawi (kiri) menunjukkan Buku Undang undang Syariah Negeri Selangor kepada Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican

“Ini dapat dibuktikan dengan jakess telah mengekalkan kejayaan tempat pertama dalam anugerah pengurusan pejabat dan pentadbiran cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangot bagi 3 penilaian berturut-turut iaitu pada 2015, 2018 dan 2020,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Yang Arif Muhamad Nazri Basrawi di Mahkamah Rendah Syariah Sepang semalam.

Sementara itu, Muhamad Nazri berkata, berkaitan dengan polimik yang berlaku dalam negara kini berkaitan isu scam poligami, ia boleh ditangani dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

“Undang-undang yang ada sudah memadai untuk mahkamah menyemak dan membuat keputusan dengan adil. Selain itu integriti dan keadilan sentiasa ditekankan dalam kes yang dikendalikan,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha memuji langkah yang diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah Sepang dan ianya boleh dijadikan contoh model kajian oleh NGO Antarabangsa.