Volvo Car Malaysia melanjutkan perlindungan waranti bagi bateri hibrid sehingga 8 tahun atau 160,000 km bagi semua kenderaan hibrid Volvo yang dilancarkan dari Disember 2015 ke atas

Usaha aktif syarikat dalam memenuhi visi melindungi alam sekitar dan menekankan kepada aspek kehijauan, Volvo Car Malaysia sebagai penutup tahun ini mengumumkan untuk melanjutkan perlindungan waranti sehingga 8 tahun atau 160,000 km – yang mana terdahulu – bagi semua bateri hibrid untuk rangkaian Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-in (PHEV).

Sebelum ini, pada awal Mac 2020, Volvo Car Malaysia mengumumkan untuk melanjutkan
perlindungan waranti bateri hibrid bagi kenderaan baharu Volvo yang didaftarkan dari 1 Januari 2020 ke atas.

Bagaimanapun, disebabkan respon yang menggalakkan dan menyedari impak positif bahawa penggunaan elektrikfikasi untuk jangka masa panjang boleh membantu kepada
penjagaan alam sekitar, tawaran itu kini meliputi semua model Volvo PHEV yang dibeli bermula daripada pelancaran model XC90 T8 PHEV pada 3 Disember 2015.

Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata: “Ketika kami meneruskan perjalanan ke arah kemampanan, kami gembira untuk mengumumkan perlindungan waranti baharu ini dilanjutkan untuk semua pelanggan yang membeli mana-mana model Volvo PHEV sejak perlancaran pertama XC90 PHEV di Malaysia.

Ini adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada pengguna awal kenderaan Volvo dan kepada mereka yang berusaha membuat keputusan yang lebih lestari memilih Volvo.”

Pada tahun ini, Volvo Car Malaysia melancarkan S60 T8 R-Design CKD pada Mei 2020, dan
model ini menyertai barisan Volvo PHEV yang premium, selamat dan lestari, termasuk XC60, XC90, dan S90.

Peraduan #MyVolvoJourney

Sebagai tambahan kepada tawaran lanjutan perlindungan waranti, Volvo Car Malaysia
mengambil kesempatan sempena tempoh perayaan ini untuk memberi penghormatan kepada kakitangan perkhidmatan yang berdedikasi, dan penghargaan kepada pelanggan dengan hadiah mingguan menarik dan hadiah utama untuk peraduan #MYVolvoJourney bermula dari 4 Disember hingga 31 Disember 2020.

Pelanggan yang membawa kenderaan untuk servis atau pembaikian di mana-mana pusat
servis bertauliah Volvo dalam tempoh peraduan, dibawah kepatuhan yang ketat mengikut SOP yang ditetapkan kerajaan, layak untuk menyertai peraduan #MYVolvoJourney, cara mudah dengan mendaftar menerusi kod QR yang disediakan di pusat servis.

Pelanggan perlu menunjukkan bukti servis dan menulis secara pendek, cerita kreatif mengenai pengalaman mendapatkan perkhidmatan servis Volvo untuk menyertai peraduan itu.

Sebanyak 10 pemenang mingguan akan menerima beg kulit Sandqvist Tote bernilai RM2,146 dan tiga hadiah utama akan masing-masing menerima hadiah Tahun Baru berupa beg pengembara Thule bernilai RM7,753.

Pemenang mingguan akan diumumkan pada 8 Januari 2021. Mereka yang berjaya memenangi hadiah mingguan akan dikeluarkan dari senarai penyertaan. Bagaimanapun, pemenang terdahulu masih berpeluang memenangi hadiah utama.

“Tahun ini adalah tahun yang mencabar bagi semua, sebab itu kami amat berterima kasih
kepada pelanggan diatas sokongan teguh dan khidmat dedikasi pasukan servis yang sentiasa memenuhi kehendak pelanggan walaupun dalam keadaan sukar yang dihadapi pada tahun ini.

Justeru, kami berharap peraduan dalam musim cuti ini akan menggalakkan pelanggan untuk berkongsi cerita menarik dan bermakna bersama Volvo sebagai satu tanda sokongan kepada pasukan servis kami yang berusaha keras, pada masa sama membolehkan kami memberi penghargaan kepada pelanggan yang mengambil inisiatif untuk memastikan kenderaan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik” kata Nalin lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej waranti yang disemak semula dan peraduan
#MyVolvoJourney, Sila layari www.volvocar.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-IG untuk sebarang kemas kini.