Pelancaran di lima pasaran pada bulan Disember membina platform untuk pertumbuhan eksport

Pada 2020, PROTON telah berjaya mengatasi haluan industri tempatan dengan menumbuhkan kadar jualan. Pada masa yang sama, aktiviti eksport juga telah dikembangkan.

Setakat akhir bulan November, jumlah eksport telah bertambah sebanyak 10.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 dan pencapaian ini telah dilakukan walaupun terdapat sekatan sedunia disebabkan pandemik coronavirus.

X70

Oleh itu, sementara berusaha memenuhi keperluan tempatan memandangkan bulan Disember adalah bulan yang terbaik untuk penjualan kereta, PROTON akan menerokai pasaran antarabangsanya melalui pelancaran produk.

Lima pelancaran bakal berlaku pada minggu-minggu akan datang. Salah satu menandakan kali pertama Proton X50 memasuki pasaran eksport manakala dua lagi menandakan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan kenderaan Proton di pasaran baru.

“Mendahului pasaran tempatan masih salah satu sasaran kami tetapi pada masa yang sama, ia amatlah penting bagi jenama Proton membina namanya di pasaran antarabangsa kerana ia mewakili syarikat dan Malaysia.

Objektif ini dinyatakan dengan jelas dalam rancangan 10-tahun kami yang telah dibentuk pada permulaan kerjasama strategik dengan Geely,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton Holdings Berhad.

“Tahun ini, rancangan eksport kami telah terjejas oleh pandemik COVID-19 kerana setiap Negara mempunyai cara tersendiri untuk membasmi masalah itu. Namun begitu, usaha pekerja kami serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan telah membantu kami kembali ke haluan yang betul.

2019 Saga

“Oleh itu, dalam jangka masa beberapa minggu ini, kami akan mengumumkan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan di Kenya dan Pakistan serta jualan Proton X50 di Brunei,” katanya lagi.

Selain daripada Negara-negara yang telah diumumkan, Bangladesh dan Mesir juga akan mengadakan pelancaran Proton Saga secara dalam talian pada bulan ini. Ini akan diikuti oleh satu lagi pelancaran di Nepal sebelum tahun berakhir.

Sebanyak 405,267 unit kenderaan berjenama Proton telah dieksport ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 dengan Proton Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke Negara lain telah melebihi jumlah dari tahun sebelumnya.