Lapan unit Proton X70 diserahkan ke KKM bagi operasi membasmi COVID-19 di Sabah

Syarikat kereta nasional, Proton, telah menyerahkan lapan unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah.

Kenderaan itu akan digunakan untuk operasi logistik dan pengawasan dalam usaha pembasmian COVID-19 di negeri itu. Upacara penyerahan telah diadakan di cawangan Proton 4S Fook Loi Corporation di Kota Kinabalu.

Proton telah memberi sokongan kepada usaha KKM untuk membasmi COVID-19 sepanjang tahun ini. Penyerahan lapan unit kenderaan ke KKM Sabah adalah sebagai tambahan ke 50 unit Proton X70 yang telah dipinjamkan ke Kementerian di permulaan pandemik pada bulan Mac.

“Pandemik COVID-19 mungkin salah satu cabaran paling sukar yang pernah dihadapi dalam Negara kita. Sebagai jenama Malaysia, Proton wajib menyokong usaha pihak kerajaan dan oleh itu, kami telah memberi bantuan dari awal lagi.

Operasi logistik di Sabah lebih sukar berbandingan Semenanjung Malaysia. Proton X70 yang diserahkan akan digunakan untuk pergerakan ahli perubatan seperti doktor, jururawat dan pegawai KKM ke kawasan dimana mereka diperlukan.

“Kami berharap bahawa sumbangan ini akan tolong meringankan beban barisan hadapan perubatan di Sabah,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Selain daripada meminjamkan kenderaan, Proton juga telah menghasilkan 60,000 unit pelindung muka pada bulan April di kilangnya di Shah Alam.

Pelindung muka itu telah diagihkan ke hospital kerajaan dan petugas barisan hadapan seperti pihak polis dan angkatan tentera.