Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) semalam mengadakan Bantuan Makanan Asas COVID-19 (anak yatim & asnaf) Siri ke-7 berupa pek makanan  asas seperti nasi, biskut dan telur.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, seramai 300 anak yatim dan asnaf baru menerima bantuan dalam program kali ini.

“Alhamdulillah…kami sudah menyampaikan bantuan ini kepada keluarga yang memerlukan dan terkesan akibat COVID-19 akibat pelaksanaan PKPB sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak khususnya kakitangan Baitul Hasan yang membantu mengagihkan bantuan ini kerana ‘Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami’.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, individu atau dermawan yang menghulurkan sumbangan melalui kami ..teruskan usaha kita membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 ini,” katanya lagi.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).