Menampilkan ciri Paparan Super AMOLED, Kamera Kuad dan pelbagai inovasi Galaxy A termaju lain yang dapat dinikmati oleh pengguna dalam era baharu ketersambungan mudah alih.

Samsung Malaysia Electronics dengan bangganya mengumumkan keluaran terbaharunya dan untuk julung-julung kalinya di Malaysia, telefon pintar 5G dalam keluarga Galaxy A; Galaxy A42 5G.

Telefon pintar ini sarat dengan inovasi keperluan harian yang paling dititikberatkan oleh para pengguna, iaitu Skrin yang AWESOME, Kamera yang AWESOME dan Bateri yang AWESOME, yang membolehkan setiap pengguna menikmati ciri-ciri utamanya pada nilai yang besar.

“Kami teruja untuk memperkenalkan telefon pintar 5G terbaharu kami dalam barisan rangkaian siri A kepada pasaran. Galaxy A42 5G menawarkan ciri dan inovasi yang luar biasa, menjadikannya tersedia dengan ciri penggunaan 5G, yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati kelajuan Internet yang cukup pantas apabila tiba masanya nanti.

“Kami kekal tulus dalam menyediakan ketersambungan generasi akan datang kepada lebih ramai pengguna.” kata Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics.

Maksimumkan Pandangan Anda Sepenuhnya

Reka bentuk rapi yang diperbuat untuk keselesaan, warna Galaxy A42 5G ternyata lebih menyerlah dengan kemasan kilatan premium yang hadir dalam dua warna, iaitu Prism Dot Black (Hitam) dan Prism Dot Gray (Kelabu).

Struktur lengkungan yang dipertingkatkan menjadikannya mudah dipegang selain membolehkan navigasi skrin yang mudah.

Luaskan pandangan anda dan nikmati pengalaman menonton yang lebih mewah melalui Paparan Infiniti-U 6.6 inci Galaxy A42 5G ketika menonton video yang anda gemari, melakukan tugas berbilang mahupun ketika bermain.

Disokong oleh teknologi Super AMOLED, kandungan harian anda bakal memberikan
penampilan yang terbaik — Besar, terang DAN cantik.

Abadikan Detik dan Rasai Keterujaannya

Abadikan detik-detik gembira anda dengan Galaxy A42 5G, yang tampil dengan ciri Kamera Kuad berbilang fungsi yang berkuasa, menjadikan tangkapan dan rakaman detik penting begitu mudah dan menawan.

Dengan Kamera Utama 48MP yang beresolusi tinggi, anda bukan sahaja boleh mengambil
foto yang lebih jelas pada waktu siang, malah juga mengambil foto yang lebih terang pada waktu malam.

Kamera Ultra Lebar 8MP membolehkan anda mengambil gambar panorama ultra lebar yang imersif, seakan penglihatan manusia dan hanya memerlukan sedikit pergerakan kamera untuk mendapatkan gambar landskap bandar yang sempurna.

Sementara itu, Kamera Makro 5MP (40mm) dan Kamera Kedalaman 5MP berupaya menangkap butiran terperinci objek jarak dekat dan mewujudkan kesan kabur
latar belakang di sekitar subjek.

Tidak dilupakan, Kamera Swafoto 20MP, yang menghasilkan swafoto hangat membara , memberikan anda latar belakang kabur yang lembut agar anda sentiasa kelihatan menakjubkan!

Prestasi Lebih Gempak Dan Tahan Lama

Kami akur bahawa ciri-ciri AWESOME lazimnya memerlukan kuasa yang AWESOME. Teruskan berhubung dengan lebih lama dan luangkan lebih banyak masa untuk melakukan perkara yang anda gemari dengan Galaxy A42 5G kerana telefon pintar ini dilengkapi pemproses Octa-Core canggih sehingga 8GB RAM dan bateri berkuasa 5,000 mAh.

Nikmati storan dalaman sebanyak 128GB dan sokongan MicroSD sehingga 1TB untuk merakamkan dan menyimpan semua video dan foto yang ingin anda abadikan tanpa perlu bimbang tentang kehabisan ruang simpanan.

Keupayaan pengecasan pantas 15W memastikan jangka hayat bateri dapat diisi semula dengan cepat, meminimumkan jumlah masa henti yang dihabiskan untuk menunggu bateri telefon anda dicaskan semula.

Nikmati keseronokan daripada Penggalak Permainan yang berasaskan Kecerdasan Buatan terbina (built-in) yang secara automatik mengoptimumkan tetapan anda untuk memberikan pengalaman permainan mudah alih yang terbaik; dan Penguat Bingkai yang mengimbangi bingkai menurun dengan menambahkan gambar maya di antara bingkai.

Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi ciri pengesahan biometrik berteknologi tinggi yang membuka kunci peranti melalui pengimbas cap jari di skrin dan pengecaman wajah.

Paling penting, telefon pintar ini dilindungi dengan platform keselamatan berbilang lapisan Samsung Knox yang mengesan ancaman dan memastikan data anda terus terpelihara.

Ketersediaan Miliki Galaxy A42 5G dari 27 November 2020 dengan harga pasaran yang disyorkan sebanyak RM1,599 di Samsung Experience Store, pengedar-pengedar sah atau e-store kami yang mengambil bahagian.