Program Bantuan Zakat & Keperluan Asas – PKPB COVID-19 Siri ke-2 (Asnaf fakir miskin) anjuran Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur telah berjaya membantu seramai 120 keluarga asnaf di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, bantuan itu disalurkan kepada keluarga yang dikenalpasti dan terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 ini apabila punca pendapatan mereka terjejas malah ada yang kehilangan pekerjaan.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang sudi membantu khususnya para dermawan yang budiman. Semoga Allah SWT membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat,” katanya kepada Prebiu.com.

Katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur ) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).