HKTB membuka bandar raya itu hampir untuk seluruh dunia dengan 360 Detik Hong Kong

Hong Kong dan Singapura telah mencapai satu perjanjian secara dasar untuk mewujudkan sebuah Gelembung Perjalanan Udara (ATB) dua hala.

Penyusunan penting ini akan membantu menghidupkan semula perjalanan udara rentas sempadan di antara dua hab penerbangan dengan satu cara yang selamat dan progresif.

Hong Kong dan Singapura menikmati hubungan perdagangan, pelaburan, kewangan, pelancongan dan hubungan orang dengan orang yang kukuh.

Kedua-dua bandar raya adalah merupakan hab penerbangan utama, dan laluan udara antarabangsa di antara kedua-dua bandar raya itu adalah di antara yang paling sibuk di rantau Asia Pasifik sebelum wabak tersebut.

Hubungan perjalanan di antara Hong Kong dan Singapura adalah penting untuk kedua-dua bandar raya.

Bersama dengan pengumuman ini dan untuk memberi inspirasi kepada pengunjung untuk menerokai Hong Kong daripada semua sudut, Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) telah melancarkan 360 Detik Hong Kong – dengan membuka bandar raya itu secara maya dengan cara kandungan yang sihat dan mendalam, yang direka untuk mengingatkan dunia tentang betapa indahnya destinasi yang merangkumi Hong Kong.

“Kami mengalu-alukan pengumuman Kerajaan SAR itu mengenai perjanjian secara dasar untuk mewujudkan sebuah Gelembung Perjalanan Udara dua hala di antara Hong Kong dan Singapura,” kata Dr YK Pang, Pengerusi bagi HKTB.

“Pengumuman itu tepat pada masanya dengan pelancaran satu protokol kebersihan standard oleh HKTB untuk sektor yang berkaitan dengan pelancongan dengan Agensi Jaminan Kualiti Hong Kong, yang telah diumumkan pada minggu lalu.

Protokol itu membolehkan sektor yang berkaitan dengan pelancongan bersiap sedia untuk mengalu-alukan kembali kedatangan pengunjung, dan pada masa yang sama  meningkatkan keyakinan pengunjung dalam perjalanan ke Hong Kong.

HKTB juga berharap agar siri 360 Detik Hong Kong yang berterusan itu akan mengekalkan jenama destinasi kita dan memastikan bahawa bandar raya kita tetap menjadi perhatian utama bagi orang ramai di seluruh dunia sebelum gelembung perjalanan yang lain terbentuk.”

Yang pertama dalam siri 360 Detik Hong Kong adalah sebuah filem realiti maya 360 darjah, yang dibuat khas untuk kempen Great Outdoors Hong Kong pada tahun ini.

Pengembaraan VR itu membawa penonton kepada satu perjalanan yang mengasyikkan merentasi wilayah hijau di Hong Kong yang sangat mudah untuk diakses.

Penonton dapat menikmati rasa hidangan tempatan tradisional yang menghubungkan mereka dengan warisan kebudayaan kota, melihat pada latar langit yang memukau dari puncak gunung yang menakjubkan, dan mendengar bunyi air terjun yang menenangkan.

Dari bandar raya ke pergunungan, dan garis pantai sehingga ke taman, rakaman yang menakjubkan itu benar-benar mengasyikkan penonton dalam irama dan sensasi kehijauan Hong Kong, dengan membawa penonton global sedekat yang mungkin dengan Hong Kong – di mana pun mereka berada di dunia.

Saksikan filem VR 360 darjah HKTB secara dalam talian untuk mengasyikkan diri di dalam pemandangan semula jadi Hong Kong: