Mulai 15 Oktober 2015, Puncak Niaga Holdings Berhad (Puncak Niaga) tidak lagi bertanggung jawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan bekalan air minuman dan industri air di Selangor.

Puncak Niaga dalam kenyataannya hari ini berkata, begitu juga di tarikh di atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dan ditukar nama kepada PENGURUSAN AIR SELANGOR BERHAD (AIR SELANGOR).

“Oleh itu, segala urusan mengenai bekalan air bersih di Selangor tidak lagi diurus oleh Syarikat Puncak Niaga dan Tan Sri Rozali Ismail bermula 15 Oktober 2015.

“Segala urusan yang berkaitan dengan air bersih di Selangor boleh dibincang dan berhubung terus dengan Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhubungan Awam Puncak Niaga Holdings Berhad.

Masalah gangguan bekalan air yang kini sedang berlaku di empat daerah di Selangor menyebabkan ramai pengguna terjejas berikutan kerja-kerja loji dihentikan berikutan masalah pencemaran bau di Sungai Semenyih.